Pages - Menu

Saturday, June 27, 2009

IRANUN:Pelapis Kepimpinan


Pencapaian ‘cemerlang’ anak Iranun dalam persada kepolitikan di Malaysia, memang sesuatu yang cukup-cukup membanggakan. Bermula dari pemimpin yang menjadi tulang belakang kepada kemerdekaan Sabah ( Rujuk : Dt.Bandira Dt.Alang ,Iranun,Adat Tradisi ), suku kaum Iranun ‘terus-terusan mewarnai lanskap politik negara ini. Keupayaan dan kebolehan yang ditunjukkan oleh anak Iranun, akhirnya diiktiraf apabila Tan Sri Pandikar Amin di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kelincahan dan ketangkasan “pandikar” Iranun ini dalam mengawal perbahasan dewan, menjadi buah mulut rakyat terutama masyarakat Kota Belud.Pemimpin yang dianggap sebagai ‘idola’ oleh kebanyakkan anak Iranun masa kini ternyata banyak menyumbang kepada pesada politik tanah air.. Pun begitu tidak kurang juga yang merasakan bahawa pemimpin ini tidak mempunyai pelapis untuk meneruskan krisma kepimpinan Iranun yang merupakan suku minoriti di Sabah . Bagi sesetengah orang politik berpendapat, untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Iranun terutama di daerah Kota Belud ini, memerlukan suatu perancangan yang rapi. Agenda dan kepimpinan yang jelas perlu diungkai supaya tidak terus kusut terutama kepada golongan muda.

Seorang anak muda dari suku ini, berkata bahawa pemimpin pelapis ini perlu segera “dikedepankan “supaya penglibatan Iranun dalam politik khusunya di Sabah tidak terus dipandang sepi. Menyedari hakikat itu harapan disandarkan kepada anak Iranun dari Kampung Tamau, Roslan HJ. Manshor yang dilihat mampu meneruskan kesinambungan kepimpinan itu. Biarpun masih ramai anak Iranun yang mempunyai kelebihan dan ‘kepintaran’ berpolitik, namun itu tidak menjadi sesuatu yang perlu dibahaskan kerana niat dan tujuan asal anak-anak Iranun ini adalah sama, “Mewujudkan kepimpinan pelapis”. Ketika berpeluang menyelami ‘pemikiran’ pemimpin muda ini yang juga merupakan mantan pegawai Majlis Daerah Kota Belud dan AJK UMNO Bahagian juga anak kepada seorang pemimpin 'tegar' USNO dan kini UMNO,beliau menceritakan bagaimana perlunya golongan muda ‘membangkitkan’ rasa perjuangan untuk mendaulatkan bangsa Iranun , Selaras dengan konsep“1 Malaysia”, yang di war-warkan oleh kerajaan waktu ini . Suasana politik tanahair menyaksikan ruang terbuka luas untuk sesiapa jua melibatkan diri dalam” menyusunrangka” pembangunan dan kepimpinan Negara. Pengalaman dan kepimpinan yang ditunjukkan memungkinkan satu lagi anak Iranun mencipta sejarah dalam politik tanahair. Soalnya sekarang, Apakah Iranun sudah bersedia melahirkan golongan pelapis?...Satu persoalan yang perlu segera ‘diselesaikan’ oleh pemimpin Iranun.Kerana pada hemat saya, sama ada kita bersetuju dengannya atau tidak…Sudah sampai masanya, pemimpin muda dari suku Iranun ‘dilatih’ untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh ini. ‘pemimpin-pemimpin Iranun lainnya, perlu ‘Ikhlas” merealisasikan ‘harapan’ ini. Kerana jika tidak, kepimpinan Iranun ini akan terus hilang dan tunasnya tidak akan kelihatan lagi.

Begitu juga masyarakat Iranun perlu segera melupakan ‘persengketaan’ lama terutama yang bersangkutan dengan fahaman politik. “padu dan bersatu’ harus diletak mengatasi kepentingan peribadi yang sempit. Berjuang dengan memikirkan halatuju Iranun dan kepimpinannya di Malaysia dilihat mampu menjadi ‘nadi’ kepada perjuangan suku Iranun.Teruskan berjuang!!...

9 comments:

  1. saya mengenali pemimpim iranun ini secara peribadi,beliau berkebolehan memimpim suku kaum iranun khususnya dan amnya penduduk kota belud sekitarnya dan beliau mampu memberi perubahan yang di impikan oleh kepada suku kaum iranun.

    ReplyDelete
  2. Salam taqwadlmiman

    Tq dgn komen sdr.Semoga Iranun terus hidup dlm persada politik Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya juga mengenali En. Roslan Hj Manshor namun tidak berapa rapat dan pada hemat saya beliau punya karisma sebagai pemimpin... beliau juga boleh bergaul dengan sesiapa sahaja atau ringkasnya open minded.

    Maka dengan ini marilah kita bersama memikirkan bagaimana cara yang terbaik supaya beliau boleh ditonjolkan sebagai pewaris kepimpinan bagi Daerah Kota Belud meaning to say, is not just leader for Iranun but for all ethnic in Kota Belud, TQ

    ReplyDelete
  4. kepimpinan suku Irranun tidak boleh confined kepada dikalangan suku itu sahaja..ada kalangan pemimpin yang mewakili suku tapi tidak pula prihatin kepada suku sendiri. sebijaknya perluaskan kepada semua kaum di Kota Belud dan memperlihatkan suku Irranun bersifat lebih terbuka. Insyallah akan muncul seorang tokoh pelapis. Samada dia Roslan Mansor, atau golongan muda yang lain...pasti akan terserlah juga ketokohan mereka memimpin samada dalam parti politik mahupun NGO.

    ReplyDelete
  5. salam saudara depu-depu,
    saya bersetuju andai kita melahirkan pemimpin yang bukan berbentuk kesukuaan, terima kasih pada saudara sambal belacan dan saudara musli oli atas pandangan tersebut, syabas buat saudara depu-depu atas penulisan saudara yang sebenarnya membuka mata masyarakat iranun atas penulisan ini. walapun pada hemah saya tulisan ini untuk renungan masyarakat iranun tapi perlu di ingat bahawa kita mahukan pemimpin kepada semua etnik....syabas

    ReplyDelete
  6. salam,

    amat ramai pemimpin untuk wata iranun tapi perlu kena pimpin... harap saudara roslan or siapa-siapa pun yang bakal memimpin kota belud, jangan lupa tanggjwb kita... syabas saudara depu-depu...teruskan...

    ReplyDelete
  7. Salam SDr Musli Oli...

    TQ dgn pandangan itu, sememangnya kepimpinan suku Iranun tidak menidakkan kepimpinan suku lain di KB.Apa yg nyata kepimpinan kesukuan inilah yg melahirkan variasi kepimpinan yg matang di KB.Pemimpin Iranun, Bajau, ataupun Dusun boleh berada dlm satu saf yg diterjemahkan melalui parti UMNO..Pemimpin suku perlu digerakkan utk menyuburkan variasi ini..

    ReplyDelete
  8. Kepada Sambal Belacan,

    TQ juga dgn pandangan sdr ni..Semoga yang dimpikan menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  9. Salam kembali bt.pAIKANKB DAN sI RENGIT,

    Saya berpandangan bahawa pemimpin pelapis dari suku Iranun perlu dikedepankan, untuk memastikan agar kepimpinan suku ini berterusan..

    ReplyDelete