Pages - Menu

Wednesday, November 18, 2009

WAKIL RAKYAT KOTA BELUD MANA YANG LEBIH PENTING?


Antara Projek Agropolitan dan Jelapang Padi impian datuk Musbah, Kala Jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat ,ilham Datuk Salleh mendapat pelbagai kritikan, dan Projek bekalan air bersih kelolaan ahli parlimen datuk Rahman Dahlan....mana satukah yang paling diperlukan oleh masyarakat Kota Belud..? Persoalan ini wajar diutarakan kerana para penyokong pemimpin yang saya sebutkan tadi..masing-masing bercerita tentang kebaikan dan kelebihan ketua mereka..terutama apabila bercerita tentang sumbangan para pemimpin ini..

Ada yang hingga kini begitu taksub dengan projek Jelapang Padi..sehingga digembar-gemburkan mampu menjadikan Kota Belud daerah yang terkaya di Malaysia...manakala Jalan raya Bypass itu pula dikatakan mengangkat daerah Kota Belud sebagai8 daerah tarikan pelancong dan apa kata mereka Jalan raya itu mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi selain daripada menjadikan kawasn padi huma melambung harga tanahnya..

Sedangkan pada waktu yang saya...ada pula projek bernilai hampir RM 50 Juta untuk memperbaiki dan menyelengara paip usang untuk membekalkan air terawat di kampung-kampung di daerah ini..Kalau menurut apa yang pernah dipaparkan oleh Datuk Rahman, paling lama pun tahun depan bekalan air bersih di KB akan selesai...legalah juga kerana kampung Tamau yang juga kampung kelahiran saya ..sehingga sekarang ada paip tapi tidak ada air..harap-harap selepas ini kampung Tamau dan sekitarnya akan mendapat bekalan air bersih..


17 comments:

  1. salam sdra depu-depu,

    ketiga-tiga pemimpin telah memberi sumbangan yang berguna kepada rakyat. mengikut proriti kesemuanya penting.

    ReplyDelete
  2. salam. jika boleh.. laksanakan pembanguan yang sepatutnya untuk daerah pejuang ini..

    ReplyDelete
  3. Dahulukan rakyat majoriti yang berkepentingan, yang minoriti tu isolated issue bah ooi.

    ReplyDelete
  4. Buat apa dilayan rakyat Labuan dan Wakap tu, asyik memberontak saja...
    bina jalan kata menindas, buat agropolitan susu kata tanah mereka lah pula...
    amboi-amboi ceteknya fikiran.
    Undi setakat 1,500 BN tidak boleh kalahlah di DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud.
    Tak payah layan, sikit punya pengundi.

    ReplyDelete
  5. SALAM depu-depu,
    posting menarik kali ini. saya bersetuju dengan saudara. ada juga blogger hanya memikirkan kemenangan parti dengan fikir majoriti dan menidakkan hak golongan minoriti kerana dianggap isolated issue. orang seperti ini tidak memikirkan perasaan dan isi hati rakyat susah kerana bila lahir sahaja sudah mewah. tidak pernah rasa kesusahan,
    lepas study kerja di kilang bapa. kalau kilang bapa terbakar (palis-palis) tunggu insuran tak tahu nak buat apa. kalau juga dapat claim insuranlah..hehehe.. pada saya semua projek yang dicanang-canang sangat baik untuk rakyat. cuma harapan saya pelaksanaan projek tersebut bermutu dan sekualiti peruntukannya dan harap projek tersebut tidak banyak putung dengan budaya rasuah yang menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  6. Rasuah mana ada, kalau semua rakyat Kota Belud sudah kaya.
    Peduli Siti lah nak condemn rakyat lupa jasa tokoh rakyat pilihan Siti bakal YAB SSK dan bakal TYT Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

    ReplyDelete
  7. ai sitti pun ada..

    klo saya yang paling penting ialah kalau dpt projek mcm kawan blogger kita tu...

    ReplyDelete
  8. Salam Depu-Depu,

    Dlm usaha membangun negara dan daerah, ada kalanya terpaksa membuat pengorbanan. Saya pernah menulis mengenai konsep "welfare economics" yang mesti diambil kira pembuat dasar dalam negara sedang membangun. Konsep ini asalnya dikaji seorang prof ekonomi dari Pakistan dan dikaji relevannya di Malaysia oleh prof dr Jomo Sundram Swami, bekas pensyarah ekonomi UM, sekarang bertugas dengan PBB sebagai penasihat negara dunia ketiga.

    Menurut welfare economics, jika ada satu pembangunan hendak dibuat dan lebih ramai rakyat yang mendapat faaedah atau "better off" daripada "worst off" maka pembangunan itu harus diteruskan.sebaliknya jika pembangunan itu menyebabkan ramai rakyat yang "worst off" dari yg dapat faaedah maka jgnlah diteruskan.

    Perkiraan ini tidak termasuk faedah yg diperolehi kontraktor..

    Salam MO

    ReplyDelete
  9. Sdra Depu Depu,
    Pada hakikatnya , post sdra ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu juga difikirkan bersama.
    Terutama sekali dari prospektif projek-projek yang perlu diutamakan, selaras dengan kehendak masyarakat tempatan… ‘Masyarakat didehulukan’.

    However, tidak kira siapa juga YB nya, KB dikirakan beruntung kerana mendapat bantuan peruntukan yang banyak dan juga projek-projek mega sejak BN memerintah.

    Malang nya, kita lupa dan selalu membelakangkan mereka-mereka yang sebenar nya yang telah berbakti untuk merealisasikan program dan perancangan projek-projek tersebut.

    Maksud saya , peranaan kaki-kaki tangan kerajaan Daerah dan Ibu Pejabat yang sebenarnya telah bertungkus lumus untuk megkompilasikan perancangan dan perlaksanaan projek-projek di daerah masing-masing.

    Selalu nya, bilamana ahli-ahli politik terlalu campur tangan dalam proses perancangan projek asas, maka berlaku lah kucar kacir dalam menentukan keutamaan senarai projek tersebut. Justru itu lah, banyak projek-projek tempatan yang tidak menepati sasaran…

    Alang kah bagus nya, kalau rangkaian para pegawai-pegawai atau para professional yang bertanggung jawab terhadap projek-projek tersebut diketengahkan untuk berinteraksi dengan masyarakat dengan tujuan untuk menyelesaikan hal-hal yang berpautan.

    Sekurang-kurang nya mereka lebih pekah dalam menentukan ‘realiti sebenar’ impak projek-projek tersebut kepada masyarakat. Bukan sekadar gimik-gimik politik yang sengaja diperbesar-besarkan

    ReplyDelete
  10. salam kembli buat sdr Musli..

    Thanks kerana memberikan pandangan mengenai perkara ini..Rasanya betul yg sdr katakan itu bahawa pembangunan yg dibawa itu semuanya penting untuk rakyat...semoga semuanya berjaya dilaksanakan.

    ReplyDelete
  11. salam Dayangwulan..

    terima kasih atas pandangan itu..daerah pejuang perlu dibangunkan

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas kunjungan Sitti dan memberikan pandangan mengenai isu ini..tentang tuntutan Kg Wakap dan Labuan itu kita tunggulah kesudahannya kerana masih dalam proses pengadilan...

    ReplyDelete
  13. salam hormat buat watasikadi..

    thanks kerana memberikan idea dan saya rasa ada kebenarnya..dalam demokrasi suara majoriti adalah penentu dan wajar diterima..dalam aspek pembangunan pula..kalau memberikan kepentingan kepada majoriti masyarakat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  14. Sdri Idahan..

    komen yg ringkas tapi membawa pengertia yg mendalam..Thanks

    ReplyDelete
  15. salam hormat buat sdr Musli..

    thanks dgn penerangan ekonomi sdr ini..satu teori yg bertepatan dgn realiti dunia kini..dan pembangunan yg dirancang perlu ada pengorbanan..misalnya..pembangunan bangunan kedai di KB telah menyebabkan kesesakan...adakah keselesaan Masyarakat KB itu telah menjadi korban..?

    ReplyDelete
  16. salam sdr Solymone..

    jarang benar sdr berkunjung di blog Depu-depu ni tapi sekali memberikan pandangan dahsyat berat utk difikirkan tetapi berisi kebenaran..

    sebagai seorang mantan Jurutera JKR di KB..idea sdr itu mungkin satu manifestasi dari pengalaman dan pemerhatian...alangkah baiknya jika idea itu dapat dibincang secara lebih halus dan terperinci lagi..

    terima kasih atas bantuan sdr temph hari ketika menangani kelewatan pembinaan SK Tamau..semoga sdr diberikan kekuatan dalam kehidupan ini..wassalam

    ReplyDelete