Pages - Menu

Friday, November 20, 2009

IRANUN DAN BAJAU KOTA BELUD : SUATU FAKTA POLITIK



Suku kaum Bajau Balangingi.

Suku bangsa ini merupakan suku bangsa yang paling gagah dan berani dalam menghadapi peperangan di laut. Balangingi dikenali juga sebagai Bannaran atau Banadan, Balanini dan Banini, dan merupakan sub-etnik dari kumpulan bangsa Bajau Utara. Di Sulu, suku bangsa ini mendiami kepulauan Tungkil dan berpusat di Bangingi, Sipak, Sangap dan di Bukutingol.

Di Tawi-tawi pula mereka berpusat di Bannaran dan di Balimbing. Mereka juga menempati Pulau Palawan. Manakala di Borneo(Sabah) mereka mendiami dan berpusat di Sungai Langkon-Marudu, di Limau-limauan(Kudat), di Telisai dan Tungku(Lahad Datu). Suku bangsa Balangingi di bawah naungan dan pertuanan kesultanan Sulu.

Bajau Balangingi adalah asalnya Bajau Kota Belud yang berani bersama Iranun. Kedua-dua suku bangsa ini pada awalnya seringkali bergabung dan menyerang kapal-kapal Sepanyol, Belanda dan Inggeris di Perairan Sulu, Indonesia, Tanah Melayu(Melaka). Mereka menjadi musuh utama penjajah Barat dan merupakan kumpulan yang amat digeruni di Nusantara oleh pihak penjajah Barat.

Bajau Balangingi bukan sahaja sebagai Raja Laut yang handal malah sebagai pahlawan di darat bersama kaum Suluk yang tiada tolok tandingan. Kepakaran mereka menunggang kuda adalah bukti tradisi perangnya yang bukan sahaja sebagai Raja Laut malah di darat. Di Sulu, tradisi kepahlawanan Bajau Balangingi masih berterusan.

Suku Kaum Iranun

Suku Iranun atau Ilanun atau Lanun adalah bangsa laut yang berasal berasal dari Pulau Mindanao dan mendiami kawasan Maranao dan Lanao. Di Borneo(Sabah) mereka berpusat di Tempasuk, Ambong, Pandasan(Kota Belud), di Sungai Langkon-Marudu, dan di Tungku(Lahad Datu). Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, kaum Ilanun dan Balangingi adalah yang mula-mula mempopularkan aktiviti pelanunan di sekitar Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Cina Selatan.

Menurut Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya yang terkenal "Muslim In The Philipines“, lanun yang paling handal melanun di perairan Sulu dan Laut China Selatan ialah lanun dari kaum Iranun dan Kaum Bajao Balangingi. Dua kaum ini bersatu dalam satu kumpulan belayar bersama-sama. Kegiatan mereka merompak dan menyerang kampung kaum dayak (bukan Islam) dan menangkap kaum lelaki dan menjualnya kepada Datu-Datu Diraja Sulu dan kepada Pangeran Brunei sebagai hamba

Ulasan :

1. Kaum Bajau Dan Iranun di Kota Belud adalah bangsa pewira yang mendapat kuasa politik dari pemerintah dan kesultanan Sulu Dan Brunei.

2. Kaum Bajau dan Iranun mempunyai kuasa politik terhadap kedaulatan wilayah kekuasaan mereka.

3. Iranun dan Bajau mempunyai persefahaman kuasa politik yang terjalin dari dulu lagi.

4. Iranun dan Bajau mempunyai daya kepimpinan dan kepahlawanan yang tinggi.

5. Iranun dan bajau bukan “lanun” seperti yang didakwa,tetapi adalah pelaut dan pejuang yang menjaga keselamatan dan keamanan terhadap perairan kekuasaan mereka.

6. Senario politik masa kini di daerah Kota Belud, sewajarnya memberikan pendedahan fakta politik dan sejarah ini kepada generasi akan datang supaya lahir kesedaran dan perpaduan yang kuat.

8 comments:

  1. Moyang Siti sebelah Bajau tiada lanun lah.

    Iranun bangsa handal lawan penjajah... ini fakta propaganda dunia barat yang patut diterbalikkan.

    ReplyDelete
  2. Sitti..

    Saya tak kata Lanunlah ....Lihat Ulasan saya pada no.yang ke 5..

    saya setuju dgn idea propaganda itu..tapi sitti ada bukti sejarahkah menyangkal propaganda ini..?

    Apa yg penting melalui fakta ini ialah Bajau Iranun sudah lama wujud persefahaman politik...perjuangan..

    Thanks kerana memberikan idea ..

    ReplyDelete
  3. Maksud Siti penjajah kata Bajau dan Iranun itu lanun wal hal sebenarnya kita lah pahlawan

    ReplyDelete
  4. sdr depu-depu..

    paparan sejarah ini haryus dikaji semula kerana ia adalah perancangan penjajah..

    kalau mereka menindas rakyat tempatan..tak pula diberi jolokan sebagai penindas...

    Iranun dan bajau adalah pejuang..dan itu harus diperbetulkan..

    salam hormat dari saya..

    ReplyDelete
  5. Salam saudara... saya di semporna 0128202825

    ReplyDelete
  6. Kepala2 Iranun dan Bajau yg melanun di Penampang masih bersangkutan di rumah kebudayaan Monsopiad.

    ReplyDelete
  7. Kaum iranun dan Bajau kalah dgn kaum Iban, ketika kaum Iban mulai menguasai Laut China Selatan. Iban mengalahkan Bajau n Iranun di Pulau Gaya, Marudu dan Pantai Timur

    ReplyDelete
  8. lucu pula bangingi asal dari kota belud.. bangingi masih wujudlah sampai sekarang jomlah cakap sama bangingi, boleh jawabkah tidak?

    ReplyDelete