Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membua tpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung ibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
Semoga ALLAH SWT memberkati kita.Saling berpesan2lah sesama kita........
Moga kita semua tidak terlambat........ Dan....terlebih penting.......berkesempatan untuk BERTAUBAT....
Pages - Menu
Sunday, November 29, 2009
TANDA-TANDA 100 HARI KEMATIAN
Thursday, November 26, 2009
SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA
Monday, November 23, 2009
PERTEMUAN DENGAN SDR AZRONE
Hari ini setelah, selesai menghadiri sesi kuliah di UMS Tawau, saya berkesempatan membawa seorang Pensyarah saya yang kebetulan belum pernah pergi ke Semporna. Seorang peminat fotografi dan bercadang akan melawat ke pulau Mabul, yang merupakan antara pulau yang tercantik di Semporna. Kesempatan itu juga begitu bermakna kerana saya berpeluang bertemu dengan rakan blogger yang selama ini menjadi tanda tanya bagi saya. SDR AZRONE ( Seliu-liu )orang kelahiran Kota Belud dan rupa-rupanya Isteri beliau berasal dari Semporna.
pertemuan itu berlaku apabila Sdr Azrone memaklumkan kepada saya akan kehadirannya di daerah semporna melalui blog saya. Setelah menghubunginya kami mengatur pertemuan. Dan pada tengahhari tadi pertemuan itu berlangsung meskipun hujan lebat mengiringi pertemuan kami itu.
Sempat juga kami minum di Restoran Mutiara Floating, banyak perkara yang kami perbincangkan, walaupun tidak formal tetapi berlangsung dalam suasana mesra seakan-akan kami telah lama mengenali. seorang yang peramah, cepat mesra dan mahir berkomunikasi. Sdr Azrone adalah seorang wartawan berita harian bagi negeri sabah dan beberapa kali memenangi anugerah kewartawanan Shell di sabah.
banyak isu-isu yang kami sempat bincangkan antaranya seperti Susur galur keturunan dan kekeluargaan, selain isu-isu Popular di KB iaitu Dunia Blog...Seperti biasa perbincangan itu berlarutan kepada meneka siapa yang empunya beberapa blog misteri yang wujud dalam dunia Internet yang beridentitikan daerah KB..Di samping itu isu-isu politik juga sempat kami perbincangkan.
Sebagai rakan sedaerah, saya merasakan bahawa apabila berada di tempat orang /luar daerah, rakan yang aru dikenali apatah lagi datang dari daerah yang sama, Adalah ahli keluarga yang akrab. ternyata biarpun baru bertemu,...kami seakan begitu akrab..rasanya Dunia Blog Merapatkan tali silaturahim...
Buat blogger KB samada yang beridentiti jelas atau sebaliknya, TERUSKAN PERJUANGAN ANDA..MERIAHKAN DUNIA PENULISAN.
Salam hormat dari Depu-Depu..
Friday, November 20, 2009
IRANUN DAN BAJAU KOTA BELUD : SUATU FAKTA POLITIK
Suku kaum Bajau Balangingi.
Suku bangsa ini merupakan suku bangsa yang paling gagah dan berani dalam menghadapi peperangan di laut. Balangingi dikenali juga sebagai Bannaran atau Banadan, Balanini dan Banini, dan merupakan sub-etnik dari kumpulan bangsa Bajau Utara. Di Sulu, suku bangsa ini mendiami kepulauan Tungkil dan berpusat di Bangingi, Sipak, Sangap dan di Bukutingol.
Di Tawi-tawi pula mereka berpusat di Bannaran dan di Balimbing. Mereka juga menempati Pulau Palawan. Manakala di Borneo(Sabah) mereka mendiami dan berpusat di Sungai Langkon-Marudu, di Limau-limauan(Kudat), di Telisai dan Tungku(Lahad Datu). Suku bangsa Balangingi di bawah naungan dan pertuanan kesultanan Sulu.
Bajau Balangingi adalah asalnya Bajau Kota Belud yang berani bersama Iranun. Kedua-dua suku bangsa ini pada awalnya seringkali bergabung dan menyerang kapal-kapal Sepanyol, Belanda dan Inggeris di Perairan Sulu, Indonesia, Tanah Melayu(Melaka). Mereka menjadi musuh utama penjajah Barat dan merupakan kumpulan yang amat digeruni di Nusantara oleh pihak penjajah Barat.
Bajau Balangingi bukan sahaja sebagai Raja Laut yang handal malah sebagai pahlawan di darat bersama kaum Suluk yang tiada tolok tandingan. Kepakaran mereka menunggang kuda adalah bukti tradisi perangnya yang bukan sahaja sebagai Raja Laut malah di darat. Di Sulu, tradisi kepahlawanan Bajau Balangingi masih berterusan.
Suku Kaum Iranun
Suku Iranun atau Ilanun atau Lanun adalah bangsa laut yang berasal berasal dari Pulau Mindanao dan mendiami kawasan Maranao dan Lanao. Di Borneo(Sabah) mereka berpusat di Tempasuk, Ambong, Pandasan(Kota Belud), di Sungai Langkon-Marudu, dan di Tungku(Lahad Datu). Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, kaum Ilanun dan Balangingi adalah yang mula-mula mempopularkan aktiviti pelanunan di sekitar Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Cina Selatan.
Menurut Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya yang terkenal "Muslim In The Philipines“, lanun yang paling handal melanun di perairan Sulu dan Laut China Selatan ialah lanun dari kaum Iranun dan Kaum Bajao Balangingi. Dua kaum ini bersatu dalam satu kumpulan belayar bersama-sama. Kegiatan mereka merompak dan menyerang kampung kaum dayak (bukan Islam) dan menangkap kaum lelaki dan menjualnya kepada Datu-Datu Diraja Sulu dan kepada Pangeran Brunei sebagai hamba
Ulasan :
1. Kaum Bajau Dan Iranun di Kota Belud adalah bangsa pewira yang mendapat kuasa politik dari pemerintah dan kesultanan Sulu Dan Brunei.
2. Kaum Bajau dan Iranun mempunyai kuasa politik terhadap kedaulatan wilayah kekuasaan mereka.
3. Iranun dan Bajau mempunyai persefahaman kuasa politik yang terjalin dari dulu lagi.
4. Iranun dan Bajau mempunyai daya kepimpinan dan kepahlawanan yang tinggi.
5. Iranun dan bajau bukan “lanun” seperti yang didakwa,tetapi adalah pelaut dan pejuang yang menjaga keselamatan dan keamanan terhadap perairan kekuasaan mereka.
6. Senario politik masa kini di daerah Kota Belud, sewajarnya memberikan pendedahan fakta politik dan sejarah ini kepada generasi akan datang supaya lahir kesedaran dan perpaduan yang kuat.
Wednesday, November 18, 2009
WAKIL RAKYAT KOTA BELUD MANA YANG LEBIH PENTING?
Ada yang hingga kini begitu taksub dengan projek Jelapang Padi..sehingga digembar-gemburkan mampu menjadikan Kota Belud daerah yang terkaya di Malaysia...manakala Jalan raya Bypass itu pula dikatakan mengangkat daerah Kota Belud sebagai8 daerah tarikan pelancong dan apa kata mereka Jalan raya itu mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi selain daripada menjadikan kawasn padi huma melambung harga tanahnya..
Sedangkan pada waktu yang saya...ada pula projek bernilai hampir RM 50 Juta untuk memperbaiki dan menyelengara paip usang untuk membekalkan air terawat di kampung-kampung di daerah ini..Kalau menurut apa yang pernah dipaparkan oleh Datuk Rahman, paling lama pun tahun depan bekalan air bersih di KB akan selesai...legalah juga kerana kampung Tamau yang juga kampung kelahiran saya ..sehingga sekarang ada paip tapi tidak ada air..harap-harap selepas ini kampung Tamau dan sekitarnya akan mendapat bekalan air bersih..
Saturday, November 7, 2009
YB DATUK MUSBAH; KG TAMAU DAPAT JETI BARU
Zaman dahulu, setiap pembangunan yang bakal diwujudkan di kawasan perkampungan pasti akan mendapat tentangan yang hebat. Bukan sahaja daripada penduduk setempat bahkan juga ketua kampungnya. Namun melihat senario sekarang, zaman itu telah pun berlalu. Ketua kampung sentiasa menyokong pembangunan yang sedang di rancang oleh pihak kerajaan. Mungkin disebabkan JKKK turut memberikan kerjasama yang baik. Masyarakat di Kg. Tamau juga sentiasa memberikan kerjasama kepada para pemimpin di dalam merancang aktiviti pembangunan kampung malahan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pemimpin di kawasan mereka.
Pembinaan Jeti ini di harap dapat membantu para nelayan terutama didalam aktiviti pengumpulan hasil tangkapan mereka. Para pemimpin juga mestilah membantu masyarakat di kawasan tersebut terutama didalam melatih atau membimbing nelayan-nelayan ke arah pengurusan dan penangkapan yang lebih moden dan teratur.
Walau apapun, terbinanya Jeti ini, di harap para nelayan menggunakan segala kemudahan dengan lebih baik dan berhemah lagi. Sebagai anak jati di Kg. Tamau, penulis amat berbangga atas usaha kerajaan di dalam membantu golongan nelayan agar dapat merasai nikmat pembangunan sebenar. Kepada YB. Datuk Musbah Bin Haji Jamli dan Datuk Abd. Rahman Dahlan, Kami penduduk sekitar Kampung Tamau berterima kasih atas bantuan dan kesungguhan pihak YB membantu masyarakat kampung kami.