Pages - Menu

Sunday, September 13, 2009

PENGUNDI MENYAMPAH KEPADA BN, BUKAN SAYA : SAMY VELLU


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN - Malaysiakini

2 comments:

  1. ziarah..

    Samy ni macam membuka pekung di dada

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang orang tua sukar terima hakikat. muhasabah diri dan renungkanlah kemampuan dan kekuatan diri. jika sudah tewas ditempat sendiri pandai2lah berundur.

    ReplyDelete