Pages - Menu

Tuesday, August 11, 2009

MALAYSIA BUKAN SARANG PENGGANAS


USAHA mengaitkan Malaysia dengan isu keganasan seperti tiada pengakhiran. Lepas satu satu isu keganasan cuba dikaitkan dengan negara ini. Semuanya bertujuan memburukkan Malaysia. Ia cuba memberi gambaran seolah-olah negara ini merupakan destinasi yang tidak selamat.

Sejak sekian lama Malaysia dituduh sebagai pusat merekrut dan melatih pengganas. Malah sewaktu insiden serangan 11 September 2001, nama Malaysia turut dikaitkan. Ketika itu negara ini didakwa menjadi transit untuk pengganas merancang strategi sebelum ‘menggempur’ Amerika Syarikat.

Selain dikaitkan dengan rangkaian pengganas antarabangsa (dibaca sebagai militan Islam) Malaysia juga didakwa sebagai pusat melatih rekrut pemberontak di selatan Thailand.

Hutan-hutan di sempadan Malaysia-Thai didakwa sebagai lokasi latihan. Dakwaan itu bagaimanapun berjaya dipatahkan.

Sementara itu, negara ini juga pernah dikaitkan sebagai pusat strategi dan pengumpulan dana untuk Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Tuduhan itu berlangsung sejak sekian lama dan hanya berakhir apabila GAM meletak senjata pada awal 2005 lalu.

Walaupun terdapat banyak kejayaan polis negara ini menangani kes-kes membabitkan rangkaian pengganas antarabangsa, ‘cakap-cakap’ tersebut tidak pernah terhenti.

Terbaru, isu tersebut timbul kembali selepas pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia, Noordin Mat Top didakwa mati dalam operasi pihak berkuasa negara itu, Sabtu lalu.( Utusan)

No comments:

Post a Comment