Pages - Menu

Tuesday, August 11, 2009

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK


Jabatan meteorologi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan akan berlaku Tsunami ekoran daripada kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di kepulauan Andaman,India pada Jam 5.00 pagi kelmarin i. Gempa bumi yang berlaku itu dikatakan berukuran 7.7 skala Richter dan mungkin membolehkan berlakunya bencana Tsunami.


Kedudukan pusat gempa bumi itu terletak di Latitud 14.1 Utara, Longitud 93.0 Timur, dan berada 101 Km dari Timur Laut Andaman, India dan 1151 km dari barat laut pulau Langkawi. Ini membuatkan Jabatan Meteorlogi mengeluarkan kenyataan akan ancaman Tsunami kepada penduduk Perlis,Pulau Pinang dan Kedah termasuk Pulau Langkawi..Walau bagaimanapun Amaran itu di tarik balik pada pukul 6.20 pagi tadi, kerana gempa bumi itu tidak menyebabkan berlakunya Tsunami.

No comments:

Post a Comment