Pages - Menu

Sunday, March 3, 2013

PENGALAMAN PENCEROBOHAN DI SEMPORNA


Inilah gambar penceroboh di Semporna.sumber dari fcb.

Catatan Pengalaman berikutan insiden pencerobohan di Kg Simunul Semporna.

Tarikh 2/3/2013 adalah tarikh yang sangat mendebarkan dan mencemaskan dalam hidup saya sebagai seorang pendidik di daerah Semporna. Saya telah 'bermastautin' di daerah ini sejak 13 tahun yang lepas. Walaupun daerah Semporna adalah salah satu daerah yang mempunyai ramai penduduk bukan warganegara dan pernah menghadapi saat genting pada tahun 1995 apabila balai polis lama yang terletak di Pekan Semporna kini dijadikan balai RELA, dierang dan dibom oleh "mundu', namun itu tidak mematahkan semangat saya mencuba merasai kehidupan di daerah Tongtalun yang terkenal dengan kecantikan pulau-pulau sekitarnya.

Pada petang 2/3/2013 iaitu tarikh berlakunya kejadian tembak-menembak di Kg Simunul, saya bersama dua anak kembar saya berada di Pekan Semporna kerana anak saya mengikut Tuisyen sebagai persediaan menghadapi UPSR tahun ini. Petang itu, keadaan di pekan Semporna memang agak berbeza dengan keadaan sebelumnya, apabila tidak ramai orang ketika itu danmesin ATM bank-bank di Semporna 'Out Of Servis"- tidak ada duit atau mungkin sengaja dioffkan untuk tujuan keselamatan.

Jam 5.30 ptg, saya mengambil anak yang mengikut tuiysen untuk pulang ke rumah. Perjalanan ke kg di mana saya tinggal memakan maa lebih kurang 30 minit iaitu kira-kira 30km dari pekan Semporna. Agak jauh tetapi itulah jarak perjalanan yang saya tempuh sejak 13 tahun yang lepas. Sudah biasa. Di bulatan Semporna-Kunak, memang ada os kawalan RELA dan POLIS sejak insiden di LD berlaku. Biasa saja pada petang itu, hanya yang bertambah kubu yang dibuat dariada pasir karung guni, nampak bertambah.

Jam 6.00 petang saya sampai di rumah dan 6.30 ptg meletusnya tembak menembak di Kg Simunul berdekatan dengan pekan Semporna. Sebenarnya kawasan ini memang terkenal dengan kawasan hitam di Semporna, menjadi penempatan PATI. Saya menghubungi rakan-rakan di sekitar Pekan mengenai insiden tersebut dan saya dimakumkan memang berlaku kejadian tembak menembak.

Malam itu saya hanya berpandukan kepada berita-berita terkini yang dipostkan oleh rakan-rakan dalam FCB mereka. Zaman maklumat dihujung jari menjadikan setiap berita yang dipostkan dalam FCB dihadapi dengan debar. Saya hanya dapat tidur kira-kira jam 3.40 pagi dan bangun sebelum jam 5.00 pagi.

Seharian berada di rumah dan mendapatkan maklumat melalui fcb. Ada juga cubaan turun di pekan pada 3/3/2013 tetapi ekan Semorna di tutup dan ditegah untuk memasuki ekan Semporna. kematian anggota keselamatan tersebar selain daripada beberapa orang awam menjadi tebusan.

Jam 2.30 petang meninggalkan rumah untuk ke Tawau, bila dikahabrkan Pekan Semporna tidak boleh dimasuki lagi dan tentera ambil alih. Sebelum itu ada pagi saya sempat menghubungi balai polis semporna untuk mendapatkan gambaran terakhir.Gambarannya keadaan terkawal.

Jam 7.00 mlm saya mendapat maklumat kesemua penceroboh di Semporna berjaya di tangkap dan kes selesai.Namun begitu adalah lebih baik berhati-hati setiap masa.


No comments:

Post a Comment