Pages - Menu

Monday, March 12, 2012

PERSONALITI GURU PERLU LEBIH HEBAT


Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru Cperlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. 

Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status gurudipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai
satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.


Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. 


Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. 


Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya. 

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yangmengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah laku guru tersebut.

No comments:

Post a Comment