Pages - Menu

Tuesday, February 9, 2010

BLOGGER KOTA BELUD DIRUNDUNG MALANG


Apabila saya terbaca mengenai keluhan blogger muraikb mengenai perlunya blogger kb menulis dengan fakta, maka saya begitu bersetuju sebab itulah saya turut memaparkan idea penulisan muraikb dalam blog saya ini.

mungkin ada ketentuanya bahawa suatu ketika blog di kb begitu panas dengan cerita-cerita baru dan segar. Banyak sangat blogger di kb nie..tapi berapa ramai sahaja yang AKTIF menulis. Yang lainya sudah seakan tidak up date blog mereka. Banyak blog yang diistilahkan sebagai 'orang-orangan' ini yang sudah tidak berkongsi idea lagi. Ada yang suatu ketika dulu begitu sensasi tetapi akhirnya hilang tanpa di kesan.

Saya memikirkan kalau ada kemungkinan , seorang blogger mempunyai lebih dari satu blog, sehingga terjadi lambakan blog yang tidak bermenu dan tidak tersusun. Banyak idea murni yang boleh diperbincangkan tetapi, idea itu hilang bersama sepinya blogger yang entah ke mana perginya.

Ada juga blog yang hanya satu atau dua penulisan lepas itu, tidak berperanan lagi. Itulah akibatnya jika budaya blogging ini menjadi sekadar ikut-ikutan saja dan bukan atas keperluan memaparkan isu semasa dan masyarakat. Akibatnya blog mereka ditutup begitu sahaja. Apalah dah jadi dengan blogger KB sekarang ?


No comments:

Post a Comment