Mungkin ada sudah yang terfikir dikalangan kita bahawa apabila isu penggunaan Kalimah "ALLAH" menjadi isu keagamaan beberapa hari lepas, sudah ada tanda-tanda 'penyatuan' umat Islam di negara ini berlaku. Mempertahankan kesucian agama Islam sekaligus membawa kepada mempertahankan hak beragama dan hak orang Melayu di negara ini. Yang uniknya ialah apabila keseluruhan umat Islam tanpa mengira pertubuhan atau parti politik turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Meminta supaya Majlis Raja-Raja Melayu turut campurtangan dalam menangani permasalahan ini.
PAS dan UMNO nampak ada keserasian, biarpun PKR awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini dengan satu persepsi yang berlainan. Apakah isu Kalimah Allah ini akan menyatukan kehendak dan perjuangan parti UMNO Dan PAS dalam soal mendaulatkan kesucian agam Islam di negara ini..? Atau hikmah tersembunyi dari peristiwa ini ialah mengingatkan kedua-dua parti politik orang melayu ini bahawa melalui ISLAM sahajalah mereka boleh bersatu dengan mengenapikan isu-isu kebangsaan terutama isu kerajaan perpaduan yang pernah berbangkit dulu. Pandang dan dengarlah gerak hati yang paling dalam..kerana Umat Melayu dan Islam di seluruh Dunia sekarang sedang mengalami penurunan penghormatan dari umat manusia lainya.

Salam... saya menjadi sasaran rakan bukan Islam selepas tulis dalam facebook mengenai USIA dan CONCERN mahu bukan Islam faham kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
ReplyDeleteYang pelik ramai saudara seagama kita menyebelahi kafir laknatullahu álaihim ájmain....
Terharu betul hati saya dalam waktu yang sama sangat kagum dgn perjuangan Denakan Seliu-liu bersama rakan bloggers terutama Siti Farhana, Depu-Depu dan bloggers lain yang tidak putus-putus membela memperjuang nasib orang kampung.
ReplyDeleteBenarlah kata orang, jika bukan golongan muda seperti kalian yang ada idealisme perjuangan yang berani pergi ke depan, siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi? Bilang Cikgu Jame Alip.
Kalian mungkin akan didatangi, ditawar, dirunding mungkin juga akan diserang, difitnah, blog diganggu dan macam-macam.
Tapi jangan pedulikan, jangan mengalah dengan tipu daya pujuk rayu, terus lawan dan lawan atas nama kebenaran.
Bantu masyarakat yang ditindas tidak dipeduli. Perjuangkan hak mereka layak sebagai manusia rakyat berdaulat supaya ikut membangun dan maju, mendapat keadilan.
Suntik semangat jiwa pemuda, jiwa merdeka kawan-kawan kalian.
Ini zaman giliran kalian membuat perubahan. Ajak mereka bersama-sama mencipta masa depan melakar sejarah. Gunalah ketajaman mata pena, stamina biar cukup, nafas harus panjang, semangat perlu kental.
Atur langkah baik-baik, ketahui taktik musuh, serangan biar padu tepat sampai sasaran paki’.
Jangan lupa niat khlas supaya perjuangan tidak sia-sia di sisi-Nya.
Semoga kalian berjaya, nama akan harum wangi semasa hidup dan sesudah mati.
SALAM SDR AZRONE..
ReplyDeleteTeruskan perjuangan sdr yang murni itu..semoga dapat menghadapi apa juga cabaran..
Sdr lamakdiki..
ReplyDeleteThanks dengan sokongan itu..saya hanya insan biasa..peranan saya cukup kecil jika dibanding dengan Sdr Seliu-liu dan Sdri Kelapa Mawar..mereka lebih terbuka dan berani