Pages - Menu

Saturday, January 30, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK ?

Mengapa Yahudi Bijak?


Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

ADAB BERSAHABAT


Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW

" seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan".

Al Qamah seorang ulama masyhur memberikan beberapa panduan dalam memilih sahabat, antaranya.

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatukebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4.Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali pernah berkata:

" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu"

Abu Sulaiman Al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan / sahabat.

1. Orang yang mudah engkau berurusab dalam kehidupan seharian.

2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Monday, January 25, 2010

HARAPAN 1 MALAYSIA


HARAPAN


Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar


Di hati murni mereka terpahat sebuah impian


Andai sengketa membelenggu sesama


Andai kerakusan menguasai kita


Kemanakah tumpah harapan mereka


Kerana


Di bahu kitalah terpikul segunung amanah


Di jemala kita terjunjung selaut ikrar


Melunas sumpah,menunai janji


Ayulah


Rakan dan taulan,sahabat dan saingan


Lupakan beza,lebihkan menerima


Bertatihlah bersamaku


Kita berjalan seiringan


Kita melangkah sehaluan


1 suara,1 impian, 1 harapan, 1 malaysia

-DSN-

Friday, January 22, 2010

SK KESAPANG KOTA BELUD PERLU TAPAK BARU


Tabika kg Kesapang ditengelami air banjir


Sejak dulu lagi ketika tahun 1980-an, ketika itu saya masih bersekolah di SMK Taun Gusi, setiap kali banjir, sekolah yang paling terjejas ialah SK Kesapang, Kota Belud, yang teletak di kawasan yang rendah dari aras sungai Tawadakan. Apa bila sahaja banjir, maka sekolah ini terjejas betul. Pihak sekolah terpaksa menutup sekolah ( cuti) akibat bangunan sekolah yang digenangi air lumpur. Kedudukan sekolah itu juga yang berada di bawah Jalanraya Kota Belud- Kudat, seolah-olah menjadi benteng untuk menakung air tatkala hujan turun tidak berhenti-henti.



rumah orang kampung di Kesapang juga dilanda banjir.


Setelah hampir lebih 20 tahun , keadaan ini tidak jauh berbeza. Ketika saya pulang ke kampung pada banjir baru-baru ini, saya melalui jalan raya melintasi sekolah terbabit dan sah, sekolah itu ditenggelami air hingga ke paras pinggang. Terbayang saya keadaan pelajar yang bersekolah di Sekolah itu, selain daripada tidak selesa, mereka juga terdedah dengan bahaya ketika musim banjir begini.
kawasan kampung Kesapang menjadi laut sementara kerana banjir

Pihak kementerian Pendidikan dan melalui maklumat yang di salurkan oleh bahagian pembangunan Pejabat Pendiidikan daerah Kota Belud, seharusnya mengambil langkah proaktif dengan mencaroi tapak baru atau mencadangkan tapak yang sesuai kepada Jabatan pendidikan Sabah untuk dipertimbangkan. Namun jika tapak yang ada sekarang ini masih juga digunakan, ia perlu timbus dan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Masalah yang berlarutan sekian lama ini, perlu diselesaikan dengan bantuan YB-YB atau wakil rakyat di Kota Belud. Barangkali selain ADUN TEMPASUK, YB Datuk Hj.MUsbah, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan perkara ini.

Tuesday, January 19, 2010

SEKITAR MAJLIS AKIKAH DI MUSIM BANJIR

AJK UMNO KB, Sdr Roslan Hj. Manshor turut hadir dalam majlis Akikah ini.

Sdr.Hj. Ahinin(blogger) turut sama berada dalam majlis itu.
Terima kasih kepada Ust. Saifuddin kerana sudi hadir.



Walaupun Kg. Tamau adalah antara kampung yang terlibat dilanda banjir dan terputus hubungan dengan pekan Kota belud sekurang-kurangnya selama 3 hari melalui jalan darat, namun masyarakat kampung ini tidak begitu dilanda keresahan. Pertama kerana banyak rumah yang tidak ditenggelami air dan kedua kerana persediaan awal para penduduk yang sudah lebih awal menjangkakan akan berlaku banjir besar akibat hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti selama 4 hari, jadi barang keperluan memang disediakan, itupun dalam jangkaan lebih kurang 2 hari penggunaannya.malahan menurut penerangan salah seorang penduduk di kampung ini, banjir kali ini adalah yang terburuk selepas tahun 1965. Pun begitu nasib baik pada hari kedua banjir, jalan raya menghubungkan kampung Tamau dengan Pekan Kota Belud boleh dilalui biarpun menggunakan kereta pacuan empat roda.

Keadaan banjir ini tidak menghalang sahabat handai dan kaum keluarga di Kampung ini untuk menghadirkan diri dalam majlis Akikah anak lelaki saya pada hari Ahad yang lepas. Malahan kehadiran yang dijangka sekitar 80 orang begitu mengejutkan saya. Apa tidaknya, kalau di sebelah pantai timur khususnya di Semporna dan Tawau, majlis sebegini tidak sebegitu ramai, lebih-lebih lagi kalau diadakan di kawasan kampung . Biasanya yang hadir adalah kaum keluarga terdekat sahaja.

Kesediaan masyarakat di kampung ini untuk 'meramaikan' majlis seumpama ini biarpun hujan turun ,membuktikan ikatan ukuhwah masih kuat dan kekeluargaan di kampung ini masih utuh. Saya begitu terharu atas kerjasama yang diberikan oleh rakan dan sahabat handai termasuk kaum keluarga yang sejak awal bertungkus lumus memastikan majlis Akikah berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.

AKHIRNYA SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MASYARAKAT KAMPUNG UNTUK HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS AKIKAH INI. TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Friday, January 15, 2010

BANJIR DI KAMPUNG DAN SKESTA IKAN KARUK


Saya tidak menyangka, perjalanan saya balik ke kampong dari Tawau ke Kota Belud pada Hari Rabu (13.01.10) yang lepas untuk menyempurnakan majlis Akikah anak saya yang baru dilahirkan telah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa ‘duduk’ lama di sini kerana Pekan kota belud dan kampong sekitarnya termasuklah kampong Tamau telah dilanda banjir. Memang semasa perjalanan ke Kota belud itu, hujan sekali-sekala turun dengan lebatnya.

Sesampainya kami di kampong, sejak hari Rabu itu, hujan turun tidak henti-henti hinggalah sekarang (16.01.10) dan dijangka akan berlarutan sehari dua lagi. Majlis Akikah anak saya yang dirancang pada hari Ahad ini (17.01.10 ) terpaksa juga dilaksanakan berikutan persediaan telahpun dibuat, termasuklah upacara penyembelihan Sapi/Lembu Akikah yang telah disempurnakan oleh Tuan Imam daerah Kota belud, Hj. Madli Hj. Manshor yang juga Abang Sepupu saya pada hari Jumaat (15-01-10).Selain jemputan kepada kaum keluarga dan masyarakat kampong telahpun diedarkan.

Waktu banjir sebegini mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dimana pada waktu banjir begini, saya selalu memancing ikan karuk/ Puyu diparit dan anak sungai berdekatan dengan rumah kami. Biasanya saya dan adik akan keluar dari pagi lagi dan balik pada waktu tengahhari membawa ikan karuk yang banyak. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya dan ayah menangkap ikan Karuk menggunakan dedak/habuk padi. Waktu itu banyak ikan yang kami perolehi.


Ketika melihat hujan turun sejak semalam lagi…teringin rasanya saya menceritakan pengalaman itu kepada anak kembar perempuan saya yang kini sudah berusia 9 tahun. Mereka begitu khsuyuk mendengar kerana sebelum ini, saya tidak pernah menceritakan kepada mereka perihal banjir…tambahan lagi sejak 10 tahun yang lepas, saya sudah lama tidak merasai banjir dan musim hujan yang sebegini.

Sekurang-kurangnya, ‘cuti’ kali ini memberikan satu pengalaman kepada anak-anak saya, selain mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan dengan sepupu-sepupu mereka. Apatah lagi kali ini, “keluarga besar” kami bertambah lagi dengan kehadiran ‘anak lelaki’ saya yang baru sahaja dilahirkan. Di sebelah pihak ibu dan ayah saya juga begitu bersyukur, kerana selain daripada mendapat ‘cucu’ baru, mereka juga mendapat ‘menantu’ baru apabila isteri adik saya , iaitu orang Kulim, kedah telah ‘posting’ di daerah kota belud dan tinggal di rumah di kampong ini.

Bersempena “hujan lebat” ini, saya berdoa dan berharap agar, kami sekeluarga ibu dan bapa terus dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin ‘manis’ ini.

Wednesday, January 6, 2010

PANDANGAN TUN MAHATHIR MENGENAI KALIMAH "ALLAH".


1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

Monday, January 4, 2010

HIKMAH DISEBALIK PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH"


Mungkin ada sudah yang terfikir dikalangan kita bahawa apabila isu penggunaan Kalimah "ALLAH" menjadi isu keagamaan beberapa hari lepas, sudah ada tanda-tanda 'penyatuan' umat Islam di negara ini berlaku. Mempertahankan kesucian agama Islam sekaligus membawa kepada mempertahankan hak beragama dan hak orang Melayu di negara ini. Yang uniknya ialah apabila keseluruhan umat Islam tanpa mengira pertubuhan atau parti politik turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Meminta supaya Majlis Raja-Raja Melayu turut campurtangan dalam menangani permasalahan ini.

PAS dan UMNO nampak ada keserasian, biarpun PKR awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini dengan satu persepsi yang berlainan. Apakah isu Kalimah Allah ini akan menyatukan kehendak dan perjuangan parti UMNO Dan PAS dalam soal mendaulatkan kesucian agam Islam di negara ini..? Atau hikmah tersembunyi dari peristiwa ini ialah mengingatkan kedua-dua parti politik orang melayu ini bahawa melalui ISLAM sahajalah mereka boleh bersatu dengan mengenapikan isu-isu kebangsaan terutama isu kerajaan perpaduan yang pernah berbangkit dulu. Pandang dan dengarlah gerak hati yang paling dalam..kerana Umat Melayu dan Islam di seluruh Dunia sekarang sedang mengalami penurunan penghormatan dari umat manusia lainya.

Saturday, January 2, 2010

PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH". PENDIRIAN PKR

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.

Friday, January 1, 2010

SERINA REDZUAWAN SUDAH BERKAHWIN


KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Serina Redzuawan, 26, sah bergelar isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn Bhd, Gavin O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33, setelah dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Serina, yang berwalikan bapanya Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Na'zafudin Mohd Nadzir pada jam 11.29 pagi dengan disaksikan kaum keluarga dan rakan-rakan artis.

Serina, yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada majlis akad nikahnya itu, kelihatan ceria selepas Mohd Na''zafudin mengesahkan ikatan perkahwinannya dengan Salahuddin, yang berasal dari England.


Kemudian, Chef Wan membaca kenyataannya kepada Salahuddin sebelum menyerahkan Serina kepada menantunya itu.

Ini disusuli dengan Salahuddin menyerahkan mas kahwin RM1,000 serta wang hantaran sebelum menyarung cincin ke jari Serina semasa upacara membatal air sembahyang.

Selepas itu, kedua-dua pengantin saling bertukar hantaran dengan Salahuddin memberi wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran termasuk alat solek, sepersalinan baju, senaskhah al-Quran dan kek.

Pengantin perempuan membalas dengan sembilan hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kemeja, jam tangan, tali pinggang serta set minyak wangi.

Serina, yang popular dengan drama siri kepolisan Akademi Polis dan Roda-Roda KL, ketika ditemui selepas majlis itu meluahkan rasa gembiranya serta mengakui perlu melalui fasa baru dalam kehidupan berumah tangga yang memerlukan komitmen tinggi.

"Saya mempunyai tanggungjawab yang berat memandangkan suami saya seorang mualaf, maka saya perlu membimbing suami, saya perlu memberi contoh yang baik kepadanya dan Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik demi kebahagiaan kami," katanya.

Sementara itu, Chef Wan ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan majlis pernikahan anaknya.

Chef Wan berkata semasa membaca kenyataan kepada menantunya itu, beliau tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis kerana terkenang pelbagai peristiwa lama.

"Saya terkenang kembali saat saya melalui proses perceraian, Serina yang masih kecil ketika itu, perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, kisah percintaan Serina dengan pelakon allahyarham Hani Mohsin suatu ketika dulu dan saya turut bersyukur kerana saya dapat kahwinkan anak dan melihat sendiri pernikahannya, " katanya.

Sebagai seorang bapa, katanya beliau mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak gadisnya itu akan berkekalan dan sempat memesan kepada Serina supaya menghormati suami.

Menurut Chef Wan beliau juga begitu teliti dalam persiapan majlis perkahwinan Serina memandangkan perkahwinan anaknya itu merupakan promosi kebudayaan kepada negara kerana ia bakal disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Asian Food Channel (Astro-Saluran 703) pada Februari ini.

Beliau berkata AFC akan menayangkan selama dua jam di saluran mereka untuk mempromosikan Malaysia dan adat budaya perkahwinan Melayu menerusi perkahwinan Serina dan Salahuddin.

Majlis merisik dan bertunang pasangan itu diadakan semalam di Hotel The Royal Chulan diikuti majlis berinai kecil pada sebelah malamnya di Hotel JW Marriot.

Majlis berinai besar akan diadakan malam ini di Restoran Neon, Jalan Sultan Ismail di sini dan diikuti majlis persandingan malam esok. - Bernama