Katanya, tahap keyakinan orang ramai berhubung aspek keselama- tan sesebuah bangunan perlu di- kembalikan dan dipandang serius oleh golongan profesional terbabit.
Menurutnya, di Sabah, tiga bangunan kerajaan telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk diduduki akibat keretakan struktur bermula dengan Hospital Queen Elizabeth pada Okt 2008, diikuti oleh Bangunan Arkib Negeri pada Mac 2009 dan Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Negeri pada April 2009.
“Isu ini perlu dipandang serius bukan sahaja dari perspektif tempatan tetapi juga kesannya dari sudut negara dan antarabangsa. Ini kerana semakin ramai rakyat yang mengeksport kepakaran mereka ke luar negara,” katanya pada majlis pelancaran seminar tanggungjawab juru perunding terhadap industri pembinaan di sini kelmarin.
Sementara itu, Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata perniagaan landskap kini menjadi satu pasaran tunggal di mana “batasan geografi semakin kabur dan ada kalanya tidak dapat dikesan”.
“Proses globalisasi menjadi peny ebab utama perkara ini berlaku, hal ini juga dibantu dengan perkembangan kecanggihan teknologi.
“Imej yang positif dan penjenamaan yang baik oleh para profesional dari Malaysia dapat membantu membina keyakinan golongan ini bagi tempoh jangka panjang untuk mereka bersaing dengan juru perunding dari luar negara dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.
Katanya untuk menghadapi arus globalisasi, para profesional tempatan perlu sentiasa mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi jika berhasrat mengatasi pesaing mereka dari luar negara.
Menyentuh mengenai seminar itu, beliau berkata ia diadakan tepat pada masanya kerana negara kini sedang membangun di mana pembinaan infrastruktur, pelbagai kemudahan dan bangunan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.
“Di sebalik sumbangan para juru perunding di dalam bidang masing-masing yang cukup jelas, mereka juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan kualiti produk yang terbaik, yang amat ditekankan oleh pihak kerajaan,” katanya.
salam sdr depu depu
ReplyDeletepaparan yang menarik..masalah ini harus di beri perhatian yang serious oleh pihak yang berkenaan bagi keselamatan pengguna dan orang ramai..
bangunan lama ini harus di ganti bagi keselesaan semua..mgkn bajet 2010 DS Najib ble bagi kot..
satu lagi bangunan di daerah KB bersebelahan kedai yick ming yang hangus tahun 2006 atau 2007 mcm tu, sy pun tk brapa ingat..masalahnya belum di ganti dengan bangunan baru..mcm mn tu sdr? mgkn sdr ble bagi sedikit komen atau ulasan..