Pages - Menu

Tuesday, September 8, 2009

RUNDINGAN PAS-UMNO : RETORIK POLITIK


Terlalu lama agaknya kita dibuai pelbagai rencah politik PAS dan UMNO. Isu perpaduan, isu kerjasama, Isu kerajaan Perpaduan..dan terkini isu rundingan perpaduan Islam dan Ummah. Semuanya adalah “retorik politik” yang tidak berasas dan sengaja ditimbulkan untuk mensensasikan isu kononnya dua buah parti Melayu ini bercita-cita untuk bersatu.Walhal..semuanya adalah rentorika semata-mata. Rakyat nyata sudah berbulu telinga mendengar itu semua. PAS dan UMNO ada kepentingan sendiri dan kepentingan itu menjadi pertaruhan terpenting dalam memikirkan perpaduan ummah di Negara ini.



Rasanya UMNO perlu mencari cara dan pendekatan lain kalau benar-benar mahukan perpaduan Ummah Melayu di Negara ini. Antara yang boleh difikirkan ialah “membawa” masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kembali ke dalam UMNO. Perkara ini bukan tidak pernah dilakukan sebelum ini. TUN MAHATHIR sendiripun pernah dipecat dari UMNO..tetapi ada usaha membawa kembali “CHE DET” ini ke dalam UMNO. Dan akhirnya Berjaya. kemudian berpeluang menjadi presiden UMNO. Begitu juga Tengku Razaliegh (KULI)..pernah keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46..usaha membawa KULI dalam UMNO akhirnya Berjaya dengan pembubaran Semangat 46..dan ahlinya termasuk Datuk Rais Yatim..kembali kepangkuan UMNO. Begitulah antara adegan politik yang pernah berlaku dalam UMNO.



Kenapa DSAI pula tidak di bawa masuk ke dalam UMNO..? sedangkan para pengikut DSAI masih bertempiaran dalam parti terbesar melayu itu..? Kalau PAS sudah menutup pintu rundingan..maka usahakan pula DSAI kembali ke dalam UMNO, mana tahu, dengan cara itu, PAS akan membuka pintunya setelah sendirian dalam PR bersama DAP. Mungkin kemasukan DSAI ke dalam UMNO akan menyaksikan pembubaran PKR..dan umat Melayu akan lebih kuat dari segi perpaduannya. Kerana biarpun PKR dilihat caca marba tetapi teras kepimpinannya adalah orang Melayu…Ketepikan dulu PAS..beri tumpuan pada PKR…dan gerakan membawa masuk DSAI itu perlu berterusan, supaya isu perpaduan melayu bukan lagi satu retorik politik.

2 comments:

  1. Assalamuwalaikum..sdr depu-depu..

    bagus juga cadangan kau ni tapi dlm UMNO pun ada yang tidak suka DSAI...mereka tetap akan menghalang DSAI masuk dlm UMNO semula...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah sdr depu-depu..

    saya rasa DSAI tak perlu masuk dalam UMNO, biarlah dia dlm PKR kerana itu boleh menjadi pemerhati kepada kerajaan..DSAI ternyata masih berbisa..dan setiap tegurannya pasti diambil berat oleh kerajaan.

    ReplyDelete