Pages - Menu

Saturday, September 26, 2009

CALON BAGAN PINANG PERLU BERSIH


Ketajaman firasat politik mantan PM, Tun Mahathir Mohammad perlu diakui oleh UMNO, kerana di samping pengalaman yang luas, negarawan ini juga mempunyai pandangan ke depan dengan menjadikan kepentingan parti mengatasi kepentingan individu dan kelompok tertentu. Terbaru apabila berita tersebar bahawa Bahagian Teluk Kemang hanya mencalonkan ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal dalam PRK Bagan Pinang, Tun Mahathir memperjelaskan betapa perlunya UMNO menonjolkan watak pemimpin yang lebih bersih dan bebas dari tuduhan politik wang. Dengan memberikan contoh apa yang berlaku di Permatang Pasir, Tun Mahathir mengajak ahli UMNO berfikir secara matang dengan mengambil kira kepentingan parti UMNO. Perkara itu dinyatakan oleh Tun Mahathir melalui blog beliau.

Sebaliknya kata Tun Mahathir, Tan Sri Isa Samad perlu memberikan peluang kepada calon baru yang lebih bersih dan memberikan bantuan kepada calon itu. Perkara itu dianggap lebih bermaruah daripada bersetuju menjadi calon UMNO dalam PRK tersebut.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya."Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
(
diubahsuai dari malaysiakini)



2 comments:

  1. masalahnya mencari pemimpin bersih amat-amatlah sukar dalam UMNO..hehehe.. mati segan hidup tak mahu keadaan BN di bagan pinang sebenarnya. Jika
    TSI tidak dicalonkan pasti BN kalah, jika dicalonkan dan menang BN ada wakil rakyat memang disahkan Rasuah.hehe..sedangkan Pemuda BN dipimpin ketuanya yang rasuah. macamana nak follow BN macam ni. PAS pilihan Tepat. TAKBIR!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pandangan sdr watasikadi..
    pemimpin UMNO skrg banyak yg terlibat dgn perniagaan..jadi mrk jadikan jawatan dlm parti utk tambah harta dan kekayaan..sampai beri duit kp penyokong utk dptkan jawatan..

    Dlm PAS tiada kah politik wang sdr watasikadi..?Tanya saja. harap dpt jawapan..
    Takbir!!!

    ReplyDelete