Pages - Menu

Monday, August 17, 2009

TUBUH SATU JAWATANKUASA BERTINDAK





Hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad,menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak peringkat kabinet untuk menghadapi serangan wabak H1N1 di negara ini. Menurut beliau, kerajaan harus lebih bertanggungjawab dan mengambil berat tentang penularan wabak ini. Kejayaan menghadapi kemelut Virus Nipah dan Selesema burung sebelum ini perlu diambil iktibar supaya rakyat Malaysia tidak terus dijangkiti wabak merbahaya ini.


Setakat hari ini kematian yang dilaporkan sudah melebih i 62 Orang dan sebanyak 4255 orang sudah disahkan telah dijangkiti H1N1. Dalam pada itu kementerian kesihatan masih dianggap bertindak sambil lewa apabila dilaporkan masih belum mahu mengumumkan status "
DARURAT KESIHATAN". Menterinya Datuk Liow Tiong Lai berkata, fenomena ini hanyalah "KECEMASAN KESIHATAN". Wajarkah pada waktu ini, rakyat dikelirukan dengan slogan dan perkataan "DARURAT DAN KECEMASAN". Kementerian Kesihatan sebelum ini juga dilihat enggan mengumumkan kawasan panas dan mengutarakan bahawa penutupan sekolah hanyalah langkah terakhir. Demi keselamatan semua pihak, rakyat sudah serik dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat, sedangkan pada waktu yang sama berlaku peningkatan kematian secara mendadak saban hari.

No comments:

Post a Comment