Pages - Menu

Tuesday, August 18, 2009

MELAYU DAN PERPECAHAN


Politik di Semenanjung begitu membimbangkan, isunya bukan lagi setakat ketuanan Melayu dan kedaulatan raja-raja ..bahkan sudah sampai kepada perkara-perkara Samiyat..iaitu Syurga dan Neraka. TGNA dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa para penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Kenyataan politik agama yang keterlaluan dan terdesak. Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria mengingatkan bahawa jangan terlalu hendakkan kuasa sehingga sanggup meletakkan fahaman politik sebagai cagaran kepada dapatnya seseorang itu memasuki syurga atau sebaliknya. Kenyataan yang di buat oleh TGNA ini mungkin mempunyai makna tersirat yang sukar dibaca oleh rakyat jelata..itulah antara Alasan yang selalu diberikan oleh penyokong PAS apabila rakyat gempar dengan kenyataan Tuan Guru Mereka. Persoalannya bolehkah kenyataan yang mengelirukan itu dikeluarkan..?


Sejak dulu lagi Umat Melayu di semananjung berpecah kerana fahaman politik dan mengejar kuasa. PAS dengan ideologinya, UMNO dengan sentimennya. Begitu juga dulu dengan Semangat 46 dengan “semangat nya”…yang direbut ialah "kuasa"..Orang Melayu seakan tidak pernah sedar dengan sejarah jatuhnya Melaka, angkara pembesar yang bermuka-muka. SEJARAH MELAYU..terus tidak dijadikan pedoman..kata mereka sastera sejarah sifatnya..tiada kebenarannya. Orang Melayu terus berpecah dan bertelagah. Jangankan antara parti-parti politik Melayu…UMNO sendiri dikatakan banyak kali berpecah pemimpinnya. Perebutan kuasa kerap berlaku dalam UMNO…sehingga pada suatu ketika UMNO pernah diharamkan. Begitu juga pemecatan DSAI, membawa bala dan bencana kepada orang Melayu dan UMNO. Apabila PKR menjadi kuda DSAI, maka sekali lagi Orang Melayu mengusung ‘Nisan’ bangsa mereka merata tempat. DEMONSTRASI JALANAN disertai oleh orang Melayu yang dahagakan ‘kuasa’.Mengugut bahawa peristiwa 13 mei akan berlaku tidak akan membawa apa-apa makna, kerana orang melayu telah berpecah. Apakah bahangnya terasa kepada bukan Melayu..?


Kuasa dan ketuanan Melayu di semenanjung diambang bahaya…perpecahan yang berlaku akan melemahkan umat Melayu. Seharusnya ideology dan fahaman politik keduniaan dan kebendaan dijauhi. Jika tidak padahnya cukup besar..mungkin orang Melayu akan kehilangan sesuatu yang selama ini dipertahankan.

6 comments:

  1. salam...

    turut simpati dengan bangsa melayu..
    tapi lagi simpati sengan bangsa2 sabah..
    terus2 mundur..

    ReplyDelete
  2. salam kembali sdr Risktaker..

    TQ dgn pandangan sdr itu...
    Orang Melayu dan Bumiputera sejak dulu lagi selalu terperangkap dengan pergolakan dan perebutan kuasa...

    Di Sabah juga begitu..dari zaman USNO, BERJAYA dan PBS sekarang UMNO, bumiputera terusan mendambakan kuasa jatuh ditangan mereka...
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. dulu kita mengharapkan PBS kini..tidak lagi...
    ntahlah da abis balak sabah,apa lg nak di abiskan..minyak kot..ntah pun nak tggu PTI berkuasa dlm eko sabah,mcm Cina kuasai eko mlaysia..x takut ke 2 jadi...palis2(pinjam kata2 saudara depu-depu)

    ReplyDelete
  4. salam kembali sdr Risktaker..

    TQ dgn pandangan susulan sdr..masalah pendatang tanpa izin di sabah sudah semakin teruk..boleh jadi mereka akan menguasai ekonomi..di Tawau sudah berlaku...harus difikirkan bersama.wassalam

    ReplyDelete
  5. salam....

    mana xnya sdr...
    PTI dulu sng2 je dapat ic..
    masih terigt dengan rancangan 999,pa bila satu serbuan PTI di lakukan,PTi yang tertangkap masih ble tersnyum...
    taw napa?bab dorang kata ari sorang di hanatar ke negara asal...lusa ble balik da sini balik..
    napa negara kita xda kawalan sempadan ker??
    emmmmmmmmmmm..
    harap pemimpin pusat dgr keluhan suara2 semut seperti saya nie...
    bila dtk Yong bawa SAPP kluar BN,bab x puas ati isu PTI,mcm2 di katakan,ada agenda sendiri la....itu lah....ini lah...pas2 kerajaan buat pembenterasan besar-besaran....itu pun kejap je....klu kita pg KK 2...dalam 20 org kita jumpa mgkin dlm 10 2 PTI la...itu lum termasuk lagi PTI yang dapat IC dari beli...
    taw2 dari antara menteri2 kita ada yang dari keturunan PTI..hehehhe

    ReplyDelete
  6. salam sdr risktaker..
    saya setuju dgn pandangan sdr tu..sempadan negara mcm tak dikawal dgn sempurna...senangnya PTI keluar masuk negara..kenapa?

    Persoalan besar yg [perlu diambil perhatian oleh pimpinan di Sabah dan Semanajung..
    TQ kerana pandangan sdr..wassalam

    ReplyDelete