Ketika membaca rencana di Utusan ini, saya terfikir, betulkah kuasa politik Melayu semakin terancam dan terhakis..? Kenapa "ancaman" ini tidak pernah difikirkan oleh parti-parti politik Melayu..? Perbezaan fahaman politik tidak harus dilihat sebagai perpecahan sehingga mengganggu gugat ketuanan politik orang Melayu.
ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.
Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?
Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.
Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.
Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.
Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.
Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.
Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.
Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.
Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?
salam sdr depu depu
ReplyDeletepenulisan yang menarik, wajar di pandang serious oleh pihak yg berkenaan..sperti apa yg sdr katakan cina lebih menonjol dr org melayu itu mmg ptt di di jadi kan isu supaya org melayu tidak ketinggilan dlm berekonomi mahu pun politik.
tapi maslah nya sdr, org melayu sendiri yg menjatuhkan org melayu, tak kira dari segi apa, politik?ekonomi?sosial dan sebagainya?..apa pandangan sdr tentang maslah itu?
Salam sdr Datu Pitung..
ReplyDeletesaya setuju dgn pandangan sdr..sepatutnya orang melayu perlu berhati-hati dalammempertahankan kuasa politik mereka. jangan asyik berbantah-bantahan sehingga melupakan ketuanan mereka...
Kikis sikap hasad dengki dan berprasangka buruk..barulah dapat mengekalkan kuasa politik mereka..
THanks dgn kunjungan dan pandangan sdr..wassalam
Salam Depu-Depu,
ReplyDeleteSebenarnya orang-orang melayu rata-ratanya gila kuasa.Mereka tidak lagi memikirkan nasib bangsa, agama dan negara, yang penting apa yang dicita-citakan akan tercapai, walaupun negara dalam keadaan huru-hara dan bangsa serta agama tergadai.
Datuk Sri Sanusi Junid mengibaratkan keadaaan ini sebagai matlamat menghalalkan cara. Yang berkuasa akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk mempertahankan kuasa yang ada. Mereka ini juga tidak lagi memikirkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Orang melayu sudah hilang jati diri sebagaimana orang melayu terdahulu.
Kuasa yang diperolehi bukan tujuan untuk membantu bangsa tetapi sebaliknya digunakan untuk memperkayakan diri sendiri. itulah senario yang saya fahami kini sekarang ini. Wasalam
salam sdr nyawa dan badan..
ReplyDeleteThanks dgn pandangan sdr yang bernas dan menarik itu..saya rasa sdr juga seorang pemerhati politik yang peka kepada keadaan semasa..saya syorkan sdr menjadi penulis blog mengenai isu-isu semasa..boleh juga kita baca pemikiran sdr..
salam ramadan utk anda dan keluarga..wasslam
Salam Adindaku Depu-Depu,
ReplyDeleteNiat ada sudah, cuma masa tidak mengizinkan. Insayalah coming soon. Tq