Wahai ayahanda penyejuk mata
Tahu diri menjauhkan nista
Tahu bercakap tidak berdusta
Tahu berbual tidak mengata.
Tahu diri menjauhkan nista
Tahu bercakap tidak berdusta
Tahu berbual tidak mengata.
Dalam susun lapis sesuatu masyarakat dan bangsa, aspek hiburan adalah merupakan perimbangan emosi yang berkesan. Dan hiburan itu pelbagai citranya, termasuklah sastera lisan ( oral literature ) yang disampaikan secara beriwayat dan turun temurun dari satu generasi kepada generasi pewaris dan penyambung. Dalam konteks masyarakat Iranun, 'IRINGA' lebih dekat dengan sastera lisan tersebut. IRINGA ini boleh dikatakan sebagai satu 'riwayat' penceritaan yang disampaikan secara lisan. Biasanya dituturkan oleh seorang ibu kepada anaknya, seorang tukang cerita kepada pendengarnya, seorang guru kepada muridnya ataupun dalam konteks pencerita kepada masyarakatnya.
'IRINGA' ini sangat digemari kerana didengari bersama-sama dengan membawa gagasan,pemikiran, ajaran dan harapan bangsa Iranun. Inilah kelebihan "IRINGA' ,tidak didasari dengan prasangka dan sudut pandang yang sempit tetapi membawa kepada mesej dan pengajaran yang lebih bermakna. Apalah sangat faedah kepada penuturnya, hanya kepuasan sebagai penyampai dan yang lebih memuaskan bila bangsanya mencedok pelbagai pengajaran dari cerita 'IRINGA'nya.
Menurut W.J.Ong, masyarakat yang mendukung sastera lisan ini ( IRINGA ) adalah masyarakat yang hidup dalam keadaan serba sederhana, masih terikat kepada adat budaya dan tradisi tinggalan nenek moyang mereka. Berdasarkan kepada persepsi, ini nyata masyarakat Iranun merupakan masyarakat yang mementingkan nilai, etika dan norma dalam kehidupan sama ada dalam aspek hubungan sosial dalam institusi kekeluargaan atau kepada hubungan seorang pemimpin kepada rakyat bawahannya. Sebagai rakyat yang mendukung prinsip moral dan nilai ini, menyifatkan teguran kepada pemimpin atau ketua perlu lebih beralas, berlambang dan tidak sampai membuka aib di khalayak ramai.
Menyusuri IRINGA-IRINGA seorang tokoh pemimpin Iranun dalam blog nya, saya tersentak dan kagum kerana IRINGA itu disampaikan dalam suasana beralas dan penuh dengan perlambangan yang tersirat. Menuntut bangsa dan masyarakatnya, menyelami gagasan dan pemikiran seorang Pendekar bangsa. IRINGA ini memerlukan ketajaman minda untuk merungkai apa kehendak yang berselindung disebalik IRINGA tersebut. Menuntut percambahan pemikiran yang lebih kritis dan lalu mengupas secara lebih berjiwa Iranun. Keutuhan dan keagungan Bangsa Iranun di gambarkan oleh beliau sebagai PENDEKAR CAHAYA, yang bergelumang dengan rintih dan rayu bangsa Iranun. Bukankah CAHAYA amat diperlukan dalam kehidupan ini..? Bukankah dengan ketiadaan CAHAYA, manusia akan kegelapan..? Pemilihan nama PENDEKAR CAHAYA itupun melambangkan betapa murninya harapan pencerita, agar IRINGA nya mendapat perhatian dari masyarakat dan bangsanya. Hanya mereka yang tidak memerlukan CAHAYA dalam kehidupan sahaja yang tidak akan mempedulikan IRINGA ini...
PENDEKAR CAHAYA, digambarkan sebagai lambang ketangkasan, pengalaman, kehandalan ilmu pencak silat bangsa Iranun ribuan tahun ,yang tersiratnya ialah ilmu pemikiran dan gagasan mengangkat bangsa Iranun di pesada kepimpinan nasional. Pengalaman PENDEKAR CAHAYA, tidak cukup untuk perkembangan diri dan keilmuan kependekarannya, tetapi juga diturunkan kepada pewaris bangsa Iranun melalui IRINGA yang disampaikannya. APAKAH generasi muda Iranun masih teraba-raba mencari intipati cerita PENDEKAR CAHAYA ini ..? Kenapa tidak cuba menyelami pemikiran dan harapan PENDEKAR CAHAYA..?
Sekali lagi saya teringat akan IRINGA orang-orang tua kita, tentang kepahlawanan dan perwatakan SI BANTOGEN.. jarang yang melihat moral ceritanya. Yang ada hanya terpesona dengan kekacakan dan rupa paras SI BANTOGEN yang digambarkan dalam IRINGA itu..ketangkasan dan keperwiraannya serta keberaniannya mendapat pujian dalam masyarakat Iranun. Namun jarang yang cuba menyelami..kenapa watak BANTOGEN wujud di tengah-tengah masyarakat Iranun..? Kenapa tidak watak "binatang' seperti dalam cerita PILANDUK DAN KAYUMANG..? Maka kita dapat melihat bahawa kewujudan watak BANTOGEN ini membawa satu gagasan dan harapan yang besar untuk menaikkan imej dan keperibadian bangsa Iranun, bahawa mereka juga punya pahlawan yang unggul dan setaraf dengan HANG TUAH dalam sejarah melayu..dengan Iringa Bantogen ini, Iranun tidak akan berasa rendah diri biarpun mereka adalah golongan minoriti.Kepimpinan suku Iranun perlu diserlah dan dipamerkan hingga ke tahap yang tinggi.
Inilah intipati IRINGA PENDEKAR CAHAYA, pada hemat saya, yang antara lainnya, mengangkat bangsa Iranun, bahawa apa disifatkannyas ebagai golongan minoriti di terima kepimpinannya oleh golongan majoriti. satu kejayaan besar PENDEKAR CAHAYA bagi saya, kerana ilmu persilatannya diakui kehebatannya oleh masyarakat majoriti. Pengalaman dan pengembaraan PENDEKAR CAHAYA, perlu dilihat dalam konteks yang lebih terbuka..bukan untuk tatapan peribadi dan keluarga, tetapi menjadi bahan pemikiran generasi bangsa Iranun. selami, rungkai dan perah sebanyak-banyak air madunya...agar kita dapat melihat semula di mana kita masyarakat Iranun dalam dunia 'kependekaran' alaf baru ini..
SEPERTI kata PENDEKAR CAHAYA bahawa hidupnya dari melalui 'tandasan' tebu hingga kepada dunia cyber ,membawa pengertian yang cukup besar dan mendalam...pengalaman tidak boleh diwarisi tetapi boleh diceritakan sebagai pengajaran kepada generasi seterusnya. Apa saja tafsiran kita kepada 'seberat-berat benda yang ringan, berat lagi benda yang berat; sepanjang-panjang kayu yang pendek, panjang lagi kayu yang panjang'?".
adalah bergantung kepada cara kita berfikir dengan lebih terbuka.Dan Ingatlah bahawa IRINGA adalah FILEM IRANUN.
Salam Depu-Depu,
ReplyDeleteSaya amat setuju atas apa yang saudara tulis,mengenai iringa dalam masyarakat iranun. Saya masih ingat Pakcik saya beriringa seperti inderaputera dan sebagainya. Justeru itu saya terpanggil untuk berblog dengan menamankan namakan Blog saya Nujum Pak Belalang
Salam Ramadhan buat Depu-Depu,
ReplyDeletePaparan yang menarik.Saya teringat zaman kanak-kanak: sastera lisan amat berkesan untuk mendidik.Jika tak silap,suku Bajau panggil berkenaan.Tapi sekarang tiada lagi sastera lisan seumpama itu.Sama cerita dengan merunsaikan anak dalam buaian(telah pupus).Masa telah berubah.Akhir sekali,selamat berpuasa.moga kita beroleh kebaikan.
SALAM...
ReplyDeleteSaudara depu-depu....kita tidak menidakan segala sumbangan Pendekar Cahaya dan kita amat menghargai segala IRINGA beliau yang lebih kearah monolog dalaman seorang bekas pemimpin yang gagal memikul amanah yang di amanahkan oleh rakyat jelatanya...
Atas kesilapan dan kesalahan yang telah beliau lakukan...menyebabkan masyrakat dan sukubangsa kita merana dan punyai jiwa yang sentiasa terkesima.....
Apa yang amat menyedihkan apabila kita terus-terusan dikaburi dengan watak dan perwatakannya....dalam diam setiap dari kita yang ingin berganding bahu dengan beliau di cantas hidup2...itulah...dengan alasan tak bersedialah...tak layaklah...dan macam2 lagi saudara....
Acapkali saya katakan...segala perngorbanan Pendekar cahaya...banyak dilitupi oleh pengkhianatannya kepada sukubangsa kita....itulsh hakikatnya saudara...
Untuk makluman saudara...Pendekar Cahaya sebenarnya tidak mahu ada anak dari suku bangsa kita menjadi pemimpin sepertinya...ya...mungkin takut segala pengkhianatannya kepada sukubangsa kita akan terbongkar....fikirkanlah saudara... Sukubangsa kita hanya akan memaafkan Pendekar cahaya apabila pendekar cahaya ikhlas meaafkan dirinya dan benar2 memperbaiki kesalahan dan kesilapan beliau....setakat bercakap dan berkarya tidak memadai saudara....tq
salam sdr Nujum Pak Belalang..
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan dan lawatan pertama sdr..saya menghargainya.
salam sdr Norawi..
ReplyDeleteSalam ramadan buat sdr dan keluarga,semoga sukses dlam menjalani ibadah berpuasa...
Terima kasih dgn pandangan sdr....saya rasa suku kaum bajau juga punya 'iringa' yg boleh dikongsi bersama..wassalam
salam sdr renggit..
ReplyDeletekita berbicara dalam dua situasi berbeza...kerana peribadi pencerita tidak sama dengan konsep 'Iringa". PENDEKAR CAHAYA adalah watak kepada iringa yg diceritakan...saya tidak melihat kepada peribadinya, tetapi saya melihat kepada moral disebalik iringa yang disampaikan..
dalam iringa si Bantogen..dia juga dikritik peribadinya yg dikatakan pantang di puji atau di bantog..namun keperibadiannya itu tidak sampai kita melupakan pengajaran di sebalik iringa itu..sebab itu saya katakan "peribadi' lain daripada 'moral' iringa itu.
Misalnya dlm iringa PILANDUK DAN KAYUMANG...peribadi Pilanduk digambarkan sebagai seekor binatang yg pintar..tetapi sepintar-pintarnya, akhirnya dia ditipu oleh Kayumang....moralnya ialah memberikan pengajaran kepada kita bahawa sentiasa berhati-hati dlm kehidupan bermasyarakat...
Saya melihat dari dimensi yg berbeza dgn sdr..mungkin sdr dipengaruhi oleh keperibadian sang pencerita yg entah benar entah kan tidak...harapnya sdr membaca kembali iringa itu dan semoga mendapat pengajarannya. Mohon maaf.Wssalam
salam..
ReplyDeleteKalau benar apa yg dikatakan oleh sdr rengit, saya rasa ada juga kebenarannya kerana ada pepatah mengatakan..."Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan", seperti juga pencerita/penulis dan ceritanya. Andai kata si pencerita itu mempunyai keperibadian yg kurang baik maka isi ceritanya adalah AUTA..kata alyrhm P.Ramlee.
Mohon maaf klu tidak releven.. Saya hanya teringatkan teori causes and effects.(Sebab dan Akibat)
salam sdr abu..
ReplyDeleteThanks kerana memberikan ulasan..
saya teringat Saidina Ali pernah berkata .."jangan kamu lihat siapa yang berbicara tetapi lihat apa yang dibicarakan.." membawa makna bahawa kita dalam banyak hal boleh mengenepikan keperibadian sang pencerita sebaliknya memberikan tumpuan kepada cerita yang disampaikan sekiranya cerita itu membawa perubahan besar kepada ummah dan negara..wassalam.