Pages - Menu

Sunday, August 9, 2009

H1N1 Satu Peringatan!!


Oleh : Ahmad Tarmizi Mohd Arifin

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu. Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.

Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.

Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya? Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.

Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!

Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi. Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :

a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..

b. Surah Al Maa'idah (5) : 3
Maksudnya : Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….

c. Surah Al An `Aam (6) : 145
Maksudnya : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.sesungguhnya semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…

d. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…

Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup. Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana. Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.

Mungkin kalian sudah lupa dengan kejadian tersebut kerana ia sudah lama meninggalkan kita. Namun, masihkah kalian ingat bencana tsunami yang melanda kita pada 26 Disember 2004 yang lalu?bagaimana pula dengan penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang saya sebutkan tadi? Belum cukup dengan itu selsema burung pula melanda. emm..bagaimana pula dengan bencana tanah runtuh dan gempa bumi? tidakkah ianya telah memberi pengajaran kepada kita? Mungkin ada yang mengatakan itu semua sunnatullah dan lumrah alam. Namun, saya tetap mengatakan ianya merupakan teguran dari Allah s.w.t

Saya masih ingat lagi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami mengatakan bahawa peristiwa tersebut seolah-olah bagaikan peristiwa qiamat yang melanda. Maka pada ketika itu ramai yang telah insaf dan bertaubat kepada Allah. Namun,setelah dua minggu berlalu pelbagai maksiat diteruskan dan dosa-dosa lama dikakukan kembali. Maka, adakah ini merupakan ejekan kepada Allah s.w.t? kalu benar lah begitu maka,inilah suatu perbuatan yang amat jelek sekali. Cuba anda bayangkan sekiranya ibu bapa di ejek dan dipersendakan oleh anak-anak mereka dalam sesuatu hal setelah si ibu @ bapa memberi teguran. Maka, tidakkah ibu bapa tersebut akan marah terhadap kelakuan tersebut? Oleh yang demikian, bagaimana pula persendaan itu di persembahkan kepada Allah yang menciptakan kalian? apakah kiranya kalian terfikir Allah tidak marah?

Justeru,mengapa manusia pada hari ini masih tidak mahu mengambil pengajaran?adakah mereka tidak mempunyai akal fikiran? Tidakkah mereka mahu mengambil pengajaran dari ummat-ummat terdahulu atau mereka mahu bala atau bencana tersebut terkena pada diri mereka dan ahli keluarga mereka barulah mereka mahu menyedarinya? Jaganlah kita menjadi seperti firaun dan pengikutnya yang mengaku beriman semasa ditenggelami air laut.. Janganlah pula kita menjadi seperti anak dan isteri nabi Nuh yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih lagi tidak mahu beriman. Tidakkah kisah tersebut memberi pengajaran kepada kita?kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Allah melalui kitabNya bukanlah bertujuan untuk dibaca dan dibuat perhiasan semata-mata bahkan ianya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada kita yang mempunyai akal untuk memikirkan dan membuat pertimbangan berdasarkan peristiwa yang telahpun berlaku.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Qasas (28): 43

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada musa kitab (taurat) setelah kami binasakan ummat-ummat terdahulu untuk menjadi pelita bagi manusia dan petunjuk serta rahmat agar mereka mendapat pelajaran..

Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya. Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.

Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.


(dipetik : blog cinaislam)

No comments:

Post a Comment