Langkah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meneruskan program penggredan Restoran di sekitar ibu kota adalah satu langkah yang dilihat sebagai kena pada tempat..ini bukan sahaja memberi panduan kepada pengguna untuk memilih restoran yang akan dikunjungi, malah ia jua menuwujudkan perasaan sentiasa menjaga kebersihan kepada pengusaha makanan di negeri ini,sekaligus memberikan situasi 'win-win' antara pengguna dan pengusaha.
Mayor Bandaraya Datuk Iliyas Ibrahim, mengingatkan pengusaha dan orang ramai bahawa mereka perlu sentiasa memastikan premis sentiasa bersih sejajar dengan matlamat DBKK untuk menjadikan Kta Kinabalu sebagai bandaraya yang bersih, indah dan selamat. Setakat Julai 2009, sebanyak 803 premis berlesen di sekitar KK telah diperiksa dan digredkan. Bagi Premis yang bersih dan menepati gred permarkahan antara 86-100, premis itu akan digredkan kepada Gred A, Gred B (66-85), Gred C (65 ke bawah ). Sementara itu premis yang mendapat markah 50 ke bawah akan diarahkan tutup.
Tindakan DBKK ini ternyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Mereka bukan sahaja bersetuju dengan langkah berkenaan malah mahu trend itu diluaskan lagi di kawasan-kawasan daerah dan pekan kecil. ini dilihat supaya keistimewaan langkah berkenaan tidak sahaja dikecapi oleh masyarakat bandar tetapi juga masyarakat luar bandar yang juga menginginkan kehidupan yang bersih dan sihat.
salam sdr depu depu
ReplyDeletemcm gambar kat pasar kk ja??..langkah yang di lakukan oleh pihak DBKK itu wajar untuk kebaikan masyarkat yang selalu berkunjung ke mana2 restoran atau pun gerai makanan di sekitar KK ini.
pilih lah kedai makanan yang bersih untuk menjaga kesihatan.
salam kembali datu pitung..
ReplyDeleteMemangpun gambar tu dekat KK..Sepatutnya kena teruskan di kawasan luar bandarmaksudnya di daerah..tapi di KB saya nampak ada juga tidak tahulah di daerah lain..
Thanks kerana memberikan komen.Selamat berpuasa.