Pages - Menu

Saturday, August 29, 2009

KEMERDEKAAN YANG MERDEKA



Kemerdekaankah kalau pemimpin masih lagi bertelagah..?
kemerdekaankah kalau umat masih terpinga-pinga..?
kemerdekaankah kalau rakyat masih tidak terbela..?
kemerdekaankah kalau kita dimamah anai dusta..?


apakah ertinya merdeka bagi seorang hamba..?
bukankah bebas dari belenggu manusia raja.
apakah maknanya merdeka bagi seorang rakyat biasa..?
bukankah peritnya dirasa bersama.
apakah kaitannya merdeka kepada seorang ketua...?
bukankah jayanya mencabar kuasa.
apakah dekatnya merdeka pada seorang tua...?
barangkali bila anak-anaknya hidup berhemah.
lalu...


apa pula dengkinya merdeka kepada negara...?
bila petualang mencemar nusa..
kepada agama merdekanya bila...?
tentu seorang hamba bebas dari neraka..


Jika yang demikian...apa guna merdeka..?
kerana saban waktu dan masa..kita menonton dosa..
lihat mereka..mula berarak membawa sang kepala..
lihat mereka meruntun fatwa syurga neraka
lihat pengkhianat dikata fitnah..
lihat sebat jadi politik angkara..
lihat mereka mengendong kata bersarat dusta
lihat mereka enggan akur pada yang berkuasa
lihatlah..dan lihatlah untuk kesekiannya..



Kemerdekaankah itu ..kalau rakyat tunduk membisu..
Merdekakah lagi kalau pemimpin tunduk membatu
atau merdekakah kita kalau saban tahun melaungkan merdeka! merdeka!



PS: 9.Ramadan.11.15 pagi.

RAKYAT MISKIN LUAR BANDAR PUN MAHU ???


Datuk seri Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 juta saham untuk rakyat miskin di Bandar sebagai langkah untuk membantu golongan ini yang dikatakannya terdesak akibat kos dan sara hidup yang tinggi. Pengumuman ini tentunya akan menggembirakan rakyat yang tinggal di Bandar..sekurang-kurangnya dapatlah mereka menyambut Hari Raya yang bakal menjelang beberapa minggu ini dengan lebih ceria. Namun bagi masyarakat luar Bandar dan pedalaman di sabah, mereka masih tertunggu-tunggu apakah pengumuman kerajaan untuk membela nasib mereka. Sebelum ini Subsidi minyak tanah yang diumumkan untuk membantu masyarakat luar Bandar miskin hanya dikatakan memberi kesan kepada segelintir dan tidak bersifat menyeluruh. Jalanraya dan keperluan asas lain seperti bekalan air bersih ,dan bekalan elektrik masih lagi seperti dulu. Rakyat masih lagi tidak terbela…harga barang di kawasan luar Bandar masih lagi tidak berpatutan, kadang-kadang naik melambung tinggi daripada harga barang di supermarket besar yang kononnya di kawal harganya oleh kerajaan. Peningkatan kos pengangkutan dijadikan alasan oleh pemborong dan peruncit untuk menaikkan harga barang. Gula kalau dijual denganh harga RM.1.45 di kampung harganya mencecah RM 2.00 sekilo. Bayangkanlah bagaimana kehidupan masyarakat kampung yang sudahlah jauh terpencil dari arus pembangunan, tercicir lagi dari segi maklumat dan berita.


PM pula dilihat lebih banyak membantu golongan masyarakat yang hidup di Bandar sebaliknya menyerahkan urusan berkaitan dengan nasib penduduk luar Bandar dan pedalaman kepada para menterinya, yang sekali-sekala turun dan kemudian balik membawa data..bantuan tidak sampai-sampai sehingga pilihanraya. Mungkin sebagai rakyat biasa tidak salah kita bertanya selama Datuk seri Najib jadi PM kita, pernahkah dia membuat lawatan mengejut di kawasan Pedalaman ? melihat sendiri kesengsaraan rakyat di sana..Bagaimana dengan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan:..Barangkali tinggal slogan sahaja…

Friday, August 28, 2009

DBKK akan teruskan sistem penggredan premis makanan


Langkah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meneruskan program penggredan Restoran di sekitar ibu kota adalah satu langkah yang dilihat sebagai kena pada tempat..ini bukan sahaja memberi panduan kepada pengguna untuk memilih restoran yang akan dikunjungi, malah ia jua menuwujudkan perasaan sentiasa menjaga kebersihan kepada pengusaha makanan di negeri ini,sekaligus memberikan situasi 'win-win' antara pengguna dan pengusaha.


Mayor Bandaraya Datuk Iliyas Ibrahim, mengingatkan pengusaha dan orang ramai bahawa mereka perlu sentiasa memastikan premis sentiasa bersih sejajar dengan matlamat DBKK untuk menjadikan Kta Kinabalu sebagai bandaraya yang bersih, indah dan selamat. Setakat Julai 2009, sebanyak 803 premis berlesen di sekitar KK telah diperiksa dan digredkan. Bagi Premis yang bersih dan menepati gred permarkahan antara 86-100, premis itu akan digredkan kepada Gred A, Gred B (66-85), Gred C (65 ke bawah ). Sementara itu premis yang mendapat markah 50 ke bawah akan diarahkan tutup.



Tindakan DBKK ini ternyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Mereka bukan sahaja bersetuju dengan langkah berkenaan malah mahu trend itu diluaskan lagi di kawasan-kawasan daerah dan pekan kecil. ini dilihat supaya keistimewaan langkah berkenaan tidak sahaja dikecapi oleh masyarakat bandar tetapi juga masyarakat luar bandar yang juga menginginkan kehidupan yang bersih dan sihat.

Thursday, August 27, 2009

ANWAR IBRAHIM + CHUA SOI LEK = SAMA TAPI TAK SERUPA



Apabila disebut tentang perubahan dalam parti selalunya harapan orang yang bercakap dan mendengar ialah akan ada perubahan paradigma, perubahan sikap, perubahan secara fikizal atau perubahan kepada penstrukturan semula parti dan sebagainya. Najib sebagai Presiden UMNO pernah bercakap tentang perubahan atau berani berubah, jika tidak, pilih antara berubah atau rebah. Kadang-kadang ianya hanya retorik dan sebagai ulam dan perasa kepada sesuatu ucapan yang berseni dan berkobar-kobar tetapi dari segi tindakan hanyalah seperti tin kosong.

Dari segi memulakan perubahan ini, MCA nampaknya telah mendahului UMNO dalam tindakan. Dengan mengenepikan faktor persaingan politik dalam parti serta konspirasi, MCA telah mengambil langkah yang tepat dengan menyingkirkan Timbalan Presidennya Chua Soi Lek dari parti kerana pendedahan skandal seksnya telah merosakkan imej parti.

Ceritanya hampir-hampir sama ketika Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Nasib baik tidak ada DVD atau VCD yang merakamkan salah laku seks oleh Anwar Ibrahim terhadap Azizan, Sukma dan Dr Munawer ,jika tidak DVD dan VCD sudah lama tersebar sepertimana tersebarnya DVD/VCD Chua disekitar Muar dan Batu Pahat pada tahun 2007 dahulu. Cuma yang tersebar adalah buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'.

Apakah alasan Tun ketika memecat Anwar? Seingat saya kesalahan moral Anwar sebagai seorang peliwat tidak melayakkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang juga ketua kerajaan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Apakah ketika itu semua menteri, rakyat dan pembesar negara menerimanya? Tidak sama sekali dan bermula saat itu Tun melalui zaman sukar dalam sejarah kariernya sebagai PM walaupun sebelum itu beliau telah melalui pelbagai krisis dalam UMNO. Bermula lah istilah 'reformasi' yang menjadi kegilaan sebahagian rakyat untuk berhimpun dan berpesta pada setiap hari Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Apakah andaian media, penulis politik, sebahagian rakyat dan ahli-ahli politik pada masa itu? Antara andaian yang popular adalah antaranya, Anwar akan menentang Tun sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan Perhimpunan Agung tahun 1999. Disebabkan takut akan sokongan Anwar di segenap bahagian UMNO seluruh negara, maka dikatakan Tun berasa gentar dan mengambil keputusan mencantas Anwar lebih awal supaya kedudukannya sebagai Presiden UMNO pada tahun 1999 akan selamat. Maka ketika itu muncul lagi istilah yang popular iaitu 'konspirasi' politik yang dilakukan oleh Tun terhadap Anwar.

Tidak samakah yang dilakukan oleh Ong Tee Keat terhadap Chua Soi Lek pada hari ini? Memang ramai akan membuat andaian bahawa Chua adalah seteru paling rapat bagi Ong, maka Chua mesti di 'checkmate' dengan segera. Tidak kurang juga akan marah kerana Chua dipilih oleh perwakilan sebagai Timbalan Presiden MCA, apa bezanya Anwar yang juga dipilih oleh perwakilan semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO? Apa salahnya Ong dan Tun Mahathir ketika memecat Chua dan Anwar?

Setidak-tidaknya MCA sudah mengambil langkah pembersihan lebih awal.Tindakan itu sekali gus menafikan anggapan ramai bahawa orang Cina boleh menerima kehidupan yang tidak bermoral, seperti yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Malah sudah menjadi suatu keharusan bagi setiap lelaki Cina sedangkan pada hakikatnya wanita Cina pada keseluruhannya tetap tidak dapat menerima perbuatan suami mereka menyimpan perempuan lain atau 'bini kecik' dan sebagainya. Selain itu keputusan MCA in menunjukan bahawa Presidennya Ong Tee Kiat berhasrat untuk memutihkan parti tidak sahaja dari segi rasuah politik tetapi juga moral kepimpinan untuk menjadikan MCA sebuah parti yang cekap , bersih dan amanah. Salahkah? Kata suruh buat perubahan?

Tindakan MCA ini juga akan membezakan MCA dari parti DAP yang telah menginjak-injak nilai-nilai moral yang menjadi asas utamanya demi untuk kepentingan mencapai matlamat politik. Orang ramai telah mengetahui tidak lama dahulu DAP telah mengekalkan kedudukan seorang ADUN nya di Selangor yang bersekedudukan dengan seorang lelaki Melayu yang gambar bogelnya tersebar luas. DAP telah melencong jauh dari keperibadian parti PAP yang melahirkannya yang mengutamakan kebersihan moral dari keseronokan hidup, ketamakkan dan hak kebebasan diri.

Pemimpin DAP sekarang mempertahankan rasuah dan penyelewengan ahlinya dari landasan yang benar. Pemimpin besar nya Lim Kit Siang asyik menuding jari kepada kekotoran parti lain tanpa melihat rumahnya sendiri penuh dengan sampah sarap.(maharajablogger)

Seperti yang dijangka, penyokong-penyokong Chua akan bertindak balas. Hari ini mereka telah memulakan kempen peringkat nasional untuk mendapatkan persetujuan perwakilan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Cara ini mungkin menyamai tindakan kroni-kroni Anwar mengerakkan demontrasi reformasi saban minggu di Kuala Lumpur untuk mendesak dan menekan Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Setiap tindakan pasti ada risikonya. Ada kos melepas yang perlu dibayar. Ada yang berkorban dan terkorban. Bukankah slogan berani berubah sentiasa berkumandang selepas pilihanraya ke 12 lalu bukan sahaja kepada UMNO malah parti-parti komponan BN yang lain. Lebih-lebih lagi MCA yang kalah teruk dan banyak kehilangan kerusi kepada DAP dan PKR. Kalau dengan membersihkan dalang-dalang dan musuh-musuh dalam selimut ini boleh memacu MCA semula dan menjadi rakan politik yang tidak membawa beban kepada UMNO, apa salahnya?

Cuma sekarang ini, bila pulakah UMNO yang hendak melakukan perubahan setidak-tidaknya menstrukturkan semula parti dan membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang sudah dicopkan perasuah tetapi masih bebas di dalam parti? MCA sudah membuka jalan, UMNO perlu berani mengorbankan pemimpin-pemimpin yang sudah tidak disukai rakyat. Inilah yang dikatakan 'berani berubah'

segalanyamungkin.blogspot.

Wednesday, August 26, 2009

ONG TEE KIAT- CHUA SOI LEK : MUSUH DI LUAR SELIMUT


“pergeseran politik antara Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat dengan timbalannya ,datuk Chua Soi Lek, bukan lagi ‘rahsia’,malahan digambarkan sebagai “musuh di luar selimut” , tidak berselindung lagi. Ketidaksepakatan mereka akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Presiden MCA bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Displin parti untuk memecat Datu Chua Soi Lek daripada jawatan parti berkuat serta merta atas alasan moral terlibat dalam skandal VCD lucahnya sebelum ini. Menurut Datuk Ong Tee Kiat skandal seks itu menjatuhkan reputasi dan imej parti MCA.


Pemecatan Datuk Chua ini bukan sahaja dikatakan menimbulkan banyak spekulasi politik dalaman MCA, malahan turut menimbulkan tanda tanya ke mana arah politik Datuk Chua selepas ini..? Ada yanhg meramalkan kemungkinan Mantan Timbalan Presiden itu akan menyertai pihak pembangkang, seperti yang dilakukan oleh Datuk Chua Jui meng yang menyertai PKR..? Ada juga yang meramalkan, bahawa Datuk Chua akan terus kekal sebagai ahli MCA, kerana beliau dikatakan sebagai seorang ahli MCA yang tegar...dan menunggu masa yang sesuai untuk mencabar Presiden MCA..


Apapun ternyata krisis terbaru ini melontarkan MCA ke dalam lembah perpecahan yang dalam dan sukar dirawat. Keputusan presiden dipersoalkan kerana ia bersangkutan dengan rasa ketakutan, Datuk Chua akan mencabar jawatannya..Selain di katakan Datuk Chua punya pengikut ramai dalam MCA. Jika dilihat dari sudut yang lebih besar, BN ternyata makin parah dengan pelbagai krisis dalaman yang ditimbulkan oleh parti-parti komponen yang bernaung di bawah logonya..semakin berkecamuk parti perikatan terbesar ini.. Belum lagi MIC yang juga ‘menimbulkan’ permasalahan di peringkat parti..GERAKAN..macam mana pula..? PPP sudah pun mengakhiri krisisnya dengan pemecatan Datuk T. Murugiah dari parti...Keputusan Majlis Presiden MCA, memecat Datuk Chua Soi Lek, mungkin lebih tepat dengan lagu “ HAI-HAI, BYE-BYE’...

JANGAN TIMBULKAN SENSASI :PM


PM sekali lagi mengingatkan agar semua Pemimpin masyarakat dan media di negara ini berhenti untuk mensensasikan sesuatu peristiwa atau isu sehingga menimbulkan keresahan dan kegusaran kepada masyarakat di negara ini. Ingatan itu diberikan kepada semua pengamal media sama ada dari media cetak elektronik Cina, Melayu atau India.


PUTRAJAYA 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat.

Ingatan Perdana Menteri itu dibuat ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini pagi ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu kerana ketara masyarakat ketika ini terlalu banyak dihidangkan atau membicarakan isu-isu yang tidak menguntungkan.

Serentak itu, kata beliau, kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memainkan peranan sebagai orang tengah, berurusan dengan pihak media agar tidak ada unsur keterlaluan untuk mensensasikan sesuatu isu atau kes tertentu.

“Contohnya dalam bulan-bulan kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa (perkembangan). Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat.

“Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara, juga untuk mengekalkan suasana harmoni sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.(utusan)