Keputusan Kerajaan memansuhkan PPSMI dianggap sebagai satu lagi perubahan dalam dunia pendidikan di Negara ini. Kalau 6 tahun yang lalu, keputusan pelaksanaan PPSMI ini dikatakan sebagai satu keputusan betul Negara dalam mempersiapkan generasi pewaris dengan kemahiran berbahasa Inggeris terutama melibatkan pengetahuan dan kemahiran sains, namun kini dasar itu dikatakan tidak mencapai objektifnya..Sedangkan dasar ini dikatakan telah menelan belanja 12 Billion Ringgit. Polemik PPSMI ini timbul akibat daripada desakan rakyat yang mahu PPSMI dimansuhkan dan memertabatkan semula BM.Bagi rakyat, terutama guru-guru hanya mampu berbuat ‘tunggu dan lihat’ sahaja, kerana perlaksanaan dasar itu sebelum ini memang banyak menimbulkan persoalan pro dan kontranya.
Ketika mengulas isu pemansuhan PPSMI ini, Tun Mahathir yang merupakan pecetus kepada dasar PPSMI masih lagi merasakan bahawa pemansuhan ini akan merugikan generasi muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara…Tapi bagi kerajaan masa kini di bawah pimpinan DSN berpendapat bahawa keputusan memansuhkan PPSMI menjelang 2012 itu adalah tindakan yang dibuat demi kepentingan generasi Negara. Itulah pandangan berbeza yang mewarnai isu PPSMI ini..
Sebagai seorang pendidik, pandangan ini bukanlah mewakili pandangan keseluruhan guru-guru di Negara ini tetapi mungkin boleh dijadikan ‘bualan’ ketika membincangkan isu PPSMI ini.
1. Pelaksanaan PPSMI telah menjadi “beban” kepada pelajar Luar Bandar dan Pedalaman. Bayangkan pelajar terpaksa belajar 2 perkara dalam subjek Sains dan Matematik. Misalnya..Dlm Subjek Sains, pelajar bukan sahaja belajar tentang Sains tetapi juga turut menghadapi masalah ‘menguasai’ BI terutama istilah-istilah Sains dalam BI. Perkara ini timbul kerana penguasaan BI dikalangan pelajar luar Bandar adalah ‘lemah’ jika dibandingkan dengan pelajar Bandar. Antara sebabnya:
a) Kekurangan guru BI yang mengajar di Luar Bandar.
b) Kekurangan Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalanraya yang sempurna._ ini menyebabkan peruntukan yang disalurkan tidak sampai ke sasarannya.Misalnya “makmal Komputer” yang boleh digunakan dalam P&P PPSMI ini tidak dapat diadakan kalau bekalan elektrik tidak ada..Begitu juga dgn kemudahan perpustakaan sukar diwujudkan …kemudahan sumber pembacaan juga terhad..
2. Pelaksanaan PPSMI juga menimbulkan keresahan dikalangan guru-guru. Ada guru yang lemah dalam BI tetapi “dikursuskan” untuk mengajar PPSMI dan diberikan elaun 10% daripada gaji pokok sebagai imbalan. Penguasaan ‘lemah’ dalam BI ini ternyata menjadikan P&P PPSMI ini membosankan..guru dan pelajar tidak mendapat manfaat dari dasar ini.
3. Pemberian ‘notebook” atau computer riba juga kepada guru-guru menimbulkan banyak masalah kerana guru-guru tidak diberikan kursus pengendalian Komputer. Ada yang tidak mahir langsung…banyak computer yang rosak…biarpun ada kontraktor yg dilantik untuk membaiki computer ini tetapi masih lagi menimbulkan masalah kerana kontraktor ini hanya membuat lawatan sekali-sekala. Akibatnya banyak peralatan PPSMI yang rosak dan tidak boleh digunakan seperti LCD.
Biarpun begitu..Pelaksanaan PPSMI ini ada juga kelebihannya..
1. Penguasaan BI meningkat di kalangan guru-guru dan pelajar.
2. Penambahbaikan kemudahan pendidikan di Luar Bandar Dan Pedalaman dapat dilakukan.tetapi perlu dipantau, supaya tidak berlaku penyelewengan dan sampai ke sasaran.
3. Murid-murid dapat mengetahui maklumat dengan cepat dan mudah.Ini kerana banyak maklumat Sains dalam BI.
4. BI menjadi saingan kepada BM.Para pejuang BM akan lebih peka kepada proses perkembangan BM seperti memperbanyakkan terjemahan buku dan sebagainya.
5. Sebagai pendedahan kepada guru dan murid tentang ICT. Ada juga ibubapa yang membelikan anak-anak mereka' Laptop' pembelajaran untuk menyenangkan anak-anak mereka dalam PPSMI.
6. Dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan ‘satu rumah satu komputer’ dengan cepat.
salam sdr..
ReplyDeletepandangan yg baik..saya dulu pun pernah jadi guru sementara 2 tahun je..tapi tak sempat dgn PPSMI