Tanggal 4 Julai adalah tarikh keramat bagi pemimpin nombor satu Negara kerana pada tarikh ini genap 100 hari DSN menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, setelah mengambil alih pucuk pimpinan Negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kalau seorang perempuan yang baru lepas bersalin, 100 hari sudah cukup merawat luka dalaman dan biasanya mula menunjukkan tanda-tanda kembali sihat seperti sebelumnya. Bagi seorang PM, 100 hari juga menjadi tempoh untuk merawat luka-luka dalaman yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya itupun kalau ada. Dan selepas 100 hari tanda-tanda pemulihan itu akan mula Nampak. Tanda ini perlu untuk terus menyemarakkan keyakinan rakyat terhadap dasar dan” landas pandang” pemerintahannya.
Ketika mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, DSN dilihat masih mewarisi “kebejatan politik wang” yang telah menghantui UMNO sekian lama. Ahli-ahli UMNO bukan sahaja dikatakan bersikap berlumba-lumba merebut jawatan dan pangkat tetapi juga dilabel sebagai pemimpin yang tidak mesra rakyat sehingga kepentingan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat. “Rasuah sudah berakar umbi dalam UMNO”, begitulah anggapan “rakyat neutral” yang menjadi pemerhati dari jauh,apa yang berlaku dalam parti melayu itu. Bukan itu sahaja malahan langkah-langkah drastic yang diambil oleh Pak Lah, hanya dilihat sebagai langkah mengatasi bukan langkah mencegah. Tambahan lagi…perancangan Pak Lah yang dianggap singkat itu akhirnya “Gagal” menangani gejala rasuah dalam Parti.
DSN antara lain dalam ucapan dasarnya ketika mengambilalih pimpinan UMNO, pernah mengatakan bahawa “jika UMNO tidak berubah, UMNO akan rebah”. Membawa satu mesej yang agak lantang dan berterus terang bahawa UMNO kena berubah dan mengalami perubahan. “TRANSFORMASI” membawa satu makna yang sangat signifikan terhadap perubahan dalaman UMNO. Biarpun UBN masih mendapat mandat dari rakyat dalam PRU-12, namun jika dikira dari ‘pencapaian’ sebelumnya ternyata UBN kena ‘mengakui” bahawa rakyat seakan muak dengan ‘isu pembanguna’ yang dijadikan umpan ketika pilihanraya. Dan inilah yang menjadi cabaran penting kepada tokoh dari Pahang ini, iaitu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UBN sebagai parti pilihan yang terus menerajui kepimpinan Negara.
Sebagai langkah terawal, DSN telah mengambil keputusan membebaskan beberapa orang tahan ISA, sebagai satu “Signal” baru kerajaan bahawa akta ISA itu ada ruang untuk diperbincangkan. Rakyat melihat isu pembebasan ini sebagai satu sinar baru dalam hak kemanusiaan di Negara ini. Setelah itu kerajaan membuat pengumuman susulan bahawa akta ISA akan dikaji semula. Nampaknya ‘sinar’ itu bertamnbah terang cahayanya. Selain itu Keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman juga perlu diambil berat…Biarpun isu ini menjadi taruhan pembangkang, namun rakyat melihat ada relevannya. Ini Kerana banyak pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang masih lagi ‘terlepas’ dari cengkaman SPRM. Rakyat mahukan ketelusan yang berpanjangan dan sekali lagi ia menjadi cabaran kepada DSN tatkala menjadi PM Malaysia.
Kesudian DSN ‘melayan” karenah PAS dalam mencetuskan polemik kerajaan perpaduan juga menggambarkan bahawa pemimpin ini berjiwa terbuka dan berfikiran ke hadapan. Isu perpaduan di anggap sebagai satu isu yang cukup besar bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Biarpun Isu kerajaan perpaduan ini diputarbelitkan oleh pembangkang tetapi kesudian DSN membuka ruang kepada ‘bicara minda’ isu ini dipuji oleh banyak pihak. Sekurang-kurangnya perhatian dan kesungguhan ini menggambarkan betapa isu perpaduan itu tidak boleh dijadikan sebagai ‘agenda’ politik parti-parti tertentu.
Biarpun DSN dilihat lebih terbuka, namun tokoh ini terus landa ‘kontrovesi politik” apabila UBN dilihat terlibat dalam ‘Rampasan kuasa” di Perak. Biarpun isu ini diperbincangkan dalam pelbagai sudut pandang, namun Isu Perak ini diramalkan akan terus relevan pada Piliharaya -13 nanti. Pembangkang akan terus-terusan mengekspolitasi isu sebagai satu ‘kekejaman’ baru UBN di era kepimpinan DSN. Sesetengah pandangan merasakan bahawa isu ini perlu diselesaikan secara lebih terurus dan bersifat demokrasi…tidak kurang juga yang menganggap bahawa isu ini sudah pun selesai apabila mahkamah Rayuan memutuskan DR Zamry dari UBN sebagai MB yang sah.Apapun dari pandang rakyat..isu ini perlu dikembalikan kepada rakyat !.terpulang kepada UBN memikirkannya.
Keputusan DSN menubuhkan satu jawatankuasa pemantau prestasi pelbagi kementerian dianggap sebagai satu lagi ‘transformasi’ dalam cabinet dan kerajaan. Pencapaian pelbagai kementerian ini diletakkan terus di bawah PM, dan seperti yang diumumkan bahawa KPI kementerian ini mendapat perhatian terus kepada PM setidaknya setiap 6 bulan. Langkah inilah yang menampakkan bahawa ‘luka dalaman’ dalam cabinet dan kementerian mula menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. “rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan” adalah slogan yang menjadi teras kepada pemerintahan PM DSN. Kualiti kepimpinan turut ditekankan dan segala perancangan dan pembangunan dipastikan ‘sampai’ kepada sasarannya. Rakyat tentunya didahulukan.!
Konsep 1 Malaysia yang menjadi “jalanlandas’ kepada wawasan 2020 turut melonjakkan populariti pemimpin nombor satu Negara ini. Disaat masyarakat Malaysia dimomokkan dengan ‘Malaysia Baru’ dan “Malaysian malaysia’ oleh parti-perti pembangkang, “konsep 1 Malaysia” ini dilihat sebagai ramuan yang cukup ‘kena’ dalam matlamat melahirkan ‘negara bangsa’ yang menjadi nadi dan jantung kepada wawasan Negara. “Konsep 1Malaysia’ ini akhirnya menjadi perbualan hangat rakyat, dan beberapa siri “bincang ilmiah’ turut diadakan mengupas dan melihat konsep ini dengan lebih dekat lebih dekat dari urat leher pemimpin. Apakah konsep 1Malaysia ini akan diterima rakyat?..terlalu awal untuk mencari jawapannya.Justeru itu antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah menerangkan lebih mendalam kepada masyarakat akar umbi yang akhirnya menjadi ‘pelaksana’ kepada konsep ini..
Perubahan besar dalam sistem ekonomi Negara juga dilihat sebagai satu lagi usaha murni DSN yang ingin melihat ekonomi negera bersaing diperingkat global. Liberalisasi ekonomi ini,nampaknya mengundang banyakpersepi di kalangan ,masyarakat. Dan Impak terbesar dasar liberalisasi ekonomi ini ialah ke[pada masyarakt Melayu dan Bumiputera. Setelah sekian lama berselindung di sebalik DEB, orang Melayu dan Bumiputera mula ‘terbuka mata’ apabila kerajaan mengumumkan bahawa pegangan ekuiti melayu dan bumiputera sebanyak 30% akan dikurangkan kepada 12.5%. Apakah relevannya dasar ini?..Apakah jaminan kerajaan bahawa melayu dan Bumiputera tidakakan terus terpinggir dalam ekonomi globalisasi ini?.. Apakah tujuan kerajaan melonggarkan syarat pemilikkan orang asing dalam pegangan ekuitu melayu dan bumiputera?...Persoalan-persoalan inilah yang perlu diperjelaskan kepad rakyat, supaya lebih tuntas dan mendapat ‘buah fikir’ sebelum impak itu datang dalam ekonomi melayu dan bumiputera.
Salam pagari... lama saya tak berkunjung.. semakin panas tulisan anda.. sekarang sebagai sumber saya pula.
ReplyDeleteSalam kembali...pagari
ReplyDeleteTulisan sdr pun apa kurangnya...menjadi satu kemestian bagi saya membuka blog sdr setiap hari..Tq kerana kunjungan sdr.
salam depu-depu..
ReplyDeletepenulisan dan komen yang sungguh mantap sesuai di jadikan santapan minda bagi yang kehausan idea..teruskan penulisan dan ulasan anda dalam membongkar permasalahan sistem politik negara serta isu semasa..blog anda menjadi salah satu sumber inspirasi saya untuk mematangkan pemikiran berkaitan isu semasa dan permasalahan politik negara kita..
Salam,
ReplyDeleteBagi saya soal perubahan dalam UMNO rasanya tidak perlu kerana yang paling penting balik kepada konsep/ matlamat perjuangan asal.
Soal reformasi sistem kewangan yang diumumkan oleh DSN pada 30 jun lepas seharusnya dilihat dari sudut positif kerana ini sedikit sebanyak membantu mewujudkan iklim pelaburan yang menarik khasnya menarik FDI ke M'sia NAMUN dari aspek kepentingan bumiputera ini memerlukan penelitian mendalam sama ada ini akan meningkatkan penyertaan bumiputera dlm sektor pelaburan dsb.
Salam kembali datu..
ReplyDeleteTq kerana menjadikan blog saya sumber inspirasi...
semoga datu mendapat menaafat yang sewajarnya..
Salam kembali Bt.gadung..
ReplyDeleteTranformasi yang dimaksudkan bukan kp matlamat perjuangan asal,,tetapi bagaimana menangani perubahan sikap ahli-ahli UMNO..
Sama ada Fic atau Ekuiti Nasional Berhad ( ekuinas), ternyata dasar liberalisasi ekonomi itu memberi impak besar dalam ekonomi melayu dan bumiputera..soalnya sejauhmana kesediaan golongan ini menghadapi dasar ini?