‘Bapa’,’ ayah’, ‘abah’,’Papa’ itulah antara panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.Namun jarang ‘anak’ yang menghargai pengorbanan bapa mereka. Ada yang ‘terlalu’ takut berhadapan dengan bapa mereka yang dikatakan ‘tegas’ dan ‘garang’ itu. Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak biar macam mana pun ‘rapat’ nya anak tersebut dengan bapanya. Namun pada hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kalau dibandingkan dengan ‘pendekatan’ seorang ibu ,Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati.Sehingga Kadang-kadang takut dan kadang-kadang tidak.
Namun begitu berapa orang dikalangan kita yang mengucapkan’ Selamat Hari Bapa’ kepada bapa mereka sambil memeluk dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan yang dicurahkan selama ini?.. Sambutan Hari Bapa yang diadakan di setiap tahun sangat-sangat penting untuk mengenang dan menghargai ‘pengorbanan’ seorang lelaki yang bergelar ‘bapa’. Kesungguhan dan pengorbanan seorang ‘bapa’ memang tidak dapat dibalas dengan apa jua termasuk harta benda..Seorang bapa tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak-anak mereka. Siang dan malam membanting tulang menyara hidup keluarganya tanpa mengenal penat dan lelah.Malahan ada bapa yang berstatus ‘tunggal’ namun Berjaya mendidik anak-anak hingga Berjaya.Tidak pernah mengeluh dan jemu memastikan anak-anak menjalani hidup dengan sempurna. Wajar pengorbanan ini dikenang oleh anak-anak sekarang. Kerana tanpa bapa, siapalah kita di dunia ini.
Mengikut rancangan MHI TV3 hari ini,sekali lagi saya mendengar bagaimana ‘penghargaan’ pemanggil-pemanggil dalam rancangan itu terhadap bapa mereka. Ada yang teresak-esak menangis tika mengenangkan pengorbanan ‘bapa’ mereka.Bagi yang sudah tidak mempunyai bapa, sekalung doa dihadiahkan,moga-moga rohnya di cucuri rahmat. Sehingga ada pemanggil yang menyatakan bahawa jika ada PM dalam hidupnya, maka bapanya lah yang wajar menjadi PM kepadanya. Ada juga yang ingin mencari ‘suami’ seperti bapanya, mendidik anak-anak sebagaimana bapa nya mendidik dia. Terlalu banyak pengorbanan seorang ‘bapa’ yang tidak ‘terlarat’ untuk diungkapkan. Bapa-bapa ini menjadi inspirasi kepada anak-anak mereka.
Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah.Biarpun tidak seberapa kerana ‘nilai’ hadiah itu tidak dapat menandingi ‘pengorbana’ dan kehebatannya. Bagi yang sudah tidak mempunyai bapa beraksilah dipentas kehidupan ini dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakannya.” KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,KASIHNYA AYAH SANGGUP BERKORBAN”.SELAMAT HARI BAPA!!!

selamat hari bapa kepada anda...
ReplyDeletenice entri.. terimas kerana berkunjung ke tempat saya..
assalammualaikum
ReplyDeletefirst time di sini.
selamat menyambut hari bapa.
Saya pasti isteri dan anak2 anda pasti sependapat dgn sy kerana sy percaya anda tentu srg bapa yg penyayang dan prihatin..semoga menjadi suami dan bapa yg terbaik selamanya...Amin..SELAMAT HARI BAPA...
ReplyDeleteKepada lalink7... Semoga sikses selalu.TQ kerana berkinjung..
ReplyDeleteTo a kl citizen,,
Thanks atas 'kesudian' anda singgah ke taratak ini..semoga hubungan ini berkekelan.
To Zai...
Thanks atas pujian anda, semoga suami anda juga seorang suami yang penyayang...Sampaikan ucapan SELAMAT HARI BAPA kepadanya...