Pages - Menu

Tuesday, June 23, 2009

PUTERI (Buat Isteri dan anak-anak)

Puteri....

Seri ayu mu...
membelai mimpi
dalam pepohon rindu
senja pun menutup tabirnya
tapi menung tak berhujung
kerana lambaian cintamu
persis gerimis kasih
menjadi lautan cinta

Puteri....

Sejak namamu menggetar rasa
lena ku mati pada kantuk mimpi
selalu menyapa bisikan angin lembut
membelai.....
kamar rindu mengusik jiwa ku

Namun puteri....
kesepian lewat ku rasai
adalah bunga kuntuman rindu mu
meniduri ku....
pada ranjang kenangan
kembali seabad kerinduan

Puteri....

Pada titis air mata jernihmu
adalah lakaran kesetiaan
yang bertabur pada perjalanan cinta
bersama kasihmu
kian aku pasrah
kerana kau dan aku
bertemu atas kehendakNYA.

4 comments:

  1. Salam Kembali Utk Mrakunman dan a kl Citizen,...

    sekali sekala nak kasi 'santai' minda...melayan sedikit 'rasa' pada isteri dan anak-anak...kot-kot dpt idea pula nak tulis isu 'berat'...Tq kerana bertandang sekali lagi...

    ReplyDelete
  2. Aduhai Permaisuri dan puteri2 Depu-Depu...mesti tangkap lentok ni dengar sajak nie...

    ReplyDelete