Kewajaran tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menghalau 'pendekar lilit kepala' daripada mengikuti sidang Dewan Rakyat merupakan tindakan yang tepat.Ini kerana provokasi yang dicetuskan oleh Datuk Nizar itu sudah keterlaluan dan seolah-olah tidak menghormati peraturan dewan. 'Kelakuan' Datuk Nizar bukan sahaja menjatuhkan reputasi pembangkang di negara ini terutama di Perak tetapi juga menggambarkan bahawa pembangkang 'sanggup' melakukan apa saja untuk kembali berkuasa.Sebagai mantan pemimpin dan orang yang terpelajar beliau, tidak seharusnya menunjukkan kelakuan yang diluar batas kewarasan . 'Kekecohan' yang berlaku ini telah membawa kepada pengantungan 7 ahli parlimen pembangkang daripada mengikuti persidangan dewan selam 2 hari. Bayangkanlah jika hal ini berlarutan, bukankah 'kesannya' kepada rakyat. Rakyat yang memilih 'wakil' mereka ke dewan Rakyat, tetapi 'kepercayaan' itu disalahgunakan hingga kepentingan peribadi didahulukan. Sebagai warga yang cintakan 'perdamaian' saya terfikir bagaimana 'halatuju' kepembangkangan' di negara kita jika hal ini dijadikan penanda arasnya. Pembangkang seharusnya bukan sahaja berperanan sebagai 'penegur' kepada kerajaan.Malahan bertindak sebagai 'platform' kepada rasa ketidakpuasan hati rakyat. Masyarakat Malaysia sangat-sangat terkejut dengan insiden yang berlaku ini. Justeru 'kepakaran' Tan Sri Speaker mengendalikan dewan sememangnya dipuji ramai pihak.Apa pun rakyat masih tertunggu-tunggu apa pula perancangan pembangkang selepas ini??
Pages - Menu
▼
Monday, June 15, 2009
'Pendekar' dihalau Pandikar

No comments:
Post a Comment