Pages - Menu

Monday, June 15, 2009

Kanak-kanak 'Hidup' di Pasar Ikan Semporna




Tidak tahu keberapa kali sudah saya melihat ‘pemandangan’ ini.Mungkin yang 1000 kali,namun keadaan ini tidak jauh bezanya. Saban hari pasar Ikan Semporna ini menjadi begitu ‘riuh’ dengan gelagat penjual dan pembeli ikan.Selain itu kehadiran anak-anak bawah umur yang berkerja sampingan, dan ada juga yang sepenuh masa sebagai’pengangkat ikan’seakan turut mewarnai keriuhan di pasar ini. Aktiviti menolong membawa hasil belian ikan oleh pengguna memang menjadi ‘perkara biasa’ di sini. Saya masih ingat lagi, ketika saya mula-mula sampai di daerah ini 10 tahun yang lalu, saya begitu 'terasa hati' dengan keadaan kanak-kanak misteri ini. kerana saya melihat kehidupan mereka semacam terbiar dan kecil-kecil sudah mengenggam 'duit' hasil titikpeluh mereka.Sesuatu yang saya rasakan pada waktu itu tidak adil ibubapa mereka membiarkan anak-anak sebegitu.Tambahan lagi kerana 'fenomena ganjil'ini tidak berlaku di daerah kelahiran saya, Kota Belud.Sama ada benar atau tidak masyarakat di daerah ini ‘melabelkan’ bahawa kanak-kanak itu sebagai ‘bukan orang tempatan’.Tidak dapat dipastikan kebenaranya,kerana kanak-kanak ini enggan mendedahkan ‘identiti’ mereka ketika saya cuba menanyakan hal peribadi itu.

Di Semporna isu ‘pendatang’ ini agak sensitif, maklumlah daerah ini sendiri menjadi tumpuan pendatang ekoran daripada kedudukan geografinya yang berdekatan dengan Negara jiran melalui perairan antarabangsa.Walau apapun nyata kehadiran ‘kanak-kanak’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan proses urusniaga di pasar Ikan ini. Apa tidaknya, kita hanya memberikan duit syiling sekitar 20-50 sen, ikan yang kita beli akan dibawa oleh kanak-kanak ini hingga ke dalam kereta. Cukup mudah! Dan senang!.Ada juga yang bermurah hati meghulurkan 1-5 Ringgit atas ‘kesudian’ kanak-kanak ini menolong membawa hasil belian mereka. Dari pemerhatian saya, fenomena ini sudah menular ke Pasar Ikan Tawau.Dan yang jadi misteri aktiviti ini tidak mendapat perhatian dari pihak berkuasa.Mungkin kerana ‘ketiadaan’ undang-undang khusus yang menghalang aktiviti sedemikian atau atas ‘perikemanusiaan’ mungkin.



Apa yang berlegar dibenak saya ialah, kalaulah ‘kanak-kanak’ ini orang tempatan…bagaimanakah masa depan mereka terutama dari segi pelajaran? Dengan usia yang sebegini muda, mereka sudah ‘tercicir’ dalam pendidikan.Menghadapi hari-hari mendatang dalam kehidupan mereka tentu sukar dan payah untuk digambarkan. Semalam ketika membeli Ikan,saya sekali lagi dihampiri oleh kanak-kanak ini dan dengan lemah lembutnya menuturkan ‘Bang, bawa….” Sebagai ‘signal’ kesudiannya untuk membawa ikan yang saya beli. Tersenyum lebar dia ketika saya menghulurkan beg plastic yang saya bawa…sambil memandang kawan-kawan lainnya…dia memperkatakan sesuatu seolah-olah memberitahu rakannya yang dia berjaya memperolehi ‘habuan’ lagi. Saya pun tidak pasti untuk keberapa kali sudah dia mendapat ‘habuan’ pada pagi itu.Begitulah situasi harian kehidupan kanak-kanak ini.Dari pengamatan saya, purata pendapatan kanak-kanak ini sekitar 20 Ringgit sehari, dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang itupun bergantung kepada ‘kesibukan’urusniaga di pasar Ikan ini.Mungkin ini juga merupakan ‘keistimewaan ‘pekan Semporna yang tidak dimiliki oleh pekan-pekan lain di Sabah. Seingat saya pun ‘situasi’ ini tidak ada di Pasar Ikan Kota Belud, Tuaran mahu pun Kota Kinabalu. Jadi, unik atau tidaknya daerah ini, bergantung kepada persepsi anda!!!!

No comments:

Post a Comment