Pages - Menu

Saturday, June 13, 2009

Ceplos dan kepercayaan



Malam tadi sekali lagi saya meluangkan masa menonton drama seram "CEPLOS" yang ditayangkan di TV 9.Saya dan keluarga terutamanya anak-anak memang mengikuti siri drama ini sejak ditayangkan di TV 9.Semalam seperti biasa ia menceritakan bagaimana 'ceplos' yang merupakan jin baik berkawan dengan manusia, Epin.Dalam slot semalam, drama ini membawakan cerita mengenai 'toyol' yang dipelihara oleh seorang Haji. Toyol ini digunakannya untuk mencuri duit penduduk kampung...biarpun slot ini bersambung, namun,Epin berjaya membongkar misteri 'toyol' tersebut dan berjaya menangkapnya.Perbuatan Epin itu diketahui akhirnya oleh haji tersebut.Dalam drama ini, juga dipertontonkan bagaimana Epin menangkap toyol dan memasukkannya di dalam botol.

Semua fenomena yang berlaku dalam drama tersebut adalah merupakan 'kritikan Sosial' terhadap masyarakt Malaysia terutamanya orang Melayu yang masih mempercayai perkara-perkara tahyul dan khurafat.Perbuatan 'memelihara' makhlus halus dilihat sebagai sesuatu yang bersalahan dengan hukum syarak.Tapi apa yang menimbulkan persoalan di hati saya...Bolehkah manusia berkawan dengan Jin atau Syaitan?.Watak 'Ceplos' digambarkan sebagai jin baik yang banyak menolong Epin mengubat dan menyelesaikan masalah di kampungnya. Sedangkan saya pernah mendengar bahawa sebaik-baik Jin itu adalah sejahat-jahat manusia.

Dari satu segi drama ini menampilkan unsur-unsur pengajaran keagamaan dengan membawa penonton menyelami bahawa 'memelihara' Toyol itu adalah satu yang menyalahi hukum agama, sedangkan pada waktu yang sama Epin juga turut 'memelihara' Ceplos. Di mana moralnya drama ini? atau mungkin pengarah dan penerbit terlepas pandang dengan keadaan ini. Kalau sudah jauh diperseimpangan balik saja ke pangkal jalan.

4 comments:

  1. Syaitan dan iblis telah berjanji di hadapan Tuhan, akan menyesat mahkluk tuhan yang di sebut manusia, se hingga hari kiamat. Dengan janji itu, maka tidak mungkin manusia boleh berkawan dengan syaitan dan iblis, kecuali mereka yang sekelompok dengannya

    ReplyDelete
  2. Bagus soalan sdr depu-depu tntg dimana moralnya cerita ini ? mmg dah jelas pengarahnya pun tak faham perbezaan antara JIN dan MANUSIA..Mana ada JIN yg baik kecuali JIN ISLAM, sdgkan dah sah2 le toyol tu anak cucu syaitan juga..klu yg kurang agama mmgle akan termakan seme cite2 karut ni..alhamdulilah sdr mempunyai pndgn yg sgt baik

    ReplyDelete
  3. tahniah tuan, cuba tuan baca masyarakat Iranun: Kepercayaan terhadap Makhluk Hantu.paikankb.blogspot.com. saya rasa saudara pun boleh bagi komen sebab secara peribadi saya akui tulisan saudara paikankb ada kebenarannya...bersama menjayakan ajaran ISLAM...

    ReplyDelete