Pages - Menu

Thursday, June 4, 2009

Barat Dan Islam

Keagungan dan kehebatan umat Islam, sememangnya tidak boleh dipersoalkan lagi.Pencapaian dalam bidang keilmuan dan akhlak telah menjadi sesuatu yang sinonim dengan ‘ketamadunan’ umat ini.Banyak catatan-catatan sejarawan yang membicarakan mengenai prestasi keilmuan yang menjadi tonggak kepada pencapaian wilayah yang luas sehingga satu pertiga dunia berterima kasih kepada wahyu dari Allah ini.Tentunya konsep pembangunan keilmuan ini berpaksikan kepada tauhid iaitu mengesakan Allah, dan pada waktu yang sama mewujudkan rasa’hamba’ kepada sang pencipta.Robert Briffault dalam bukunya The Making Of Humanity mencatatkan perkembangan umat Islam dengan mengatakan ‘Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya bermula di kalangan orang-orang Arab dan Islam Sepanyol dan bukannya di tangan orang-orang Eropah. Sepanyol pula menjadi ‘platform’ kepada kebangkitan di Eropah dan bukannya Itali’.Pandangan ini mendapat banyak reaksi di kalangan para sejarahwan.Ada yang merasakan bahawa pandangan ini bersifat ‘ekstrem’ sehingga menidakkan peranan orang Eropah.Namun kebanyakkan sejarahwan dan pengkaji menyetujui pandangan Robert ini.Phillip K.Hitti dalam bukunya The History of the Arabs menyatakan “orang Islam Sepanyol Berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agung pada zaman pertengahan dulu.Mereka sebenarnya pembawa obor budaya dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas Masihi”.
Memang sejak dulu lagi barat sentiasa melihat serong terhadap Islam.Revolusi ilmu yang dilakukan oleh Islam dikatakan sebagai permulaan ketamadunan Dunia. Apa tidaknya, barat dalam era kegelapan (Dark Ages) menyaksikan potensi manusia terbantut oleh keinginan tidak mengembangkan institusi keilmuan. Akibatnya barat ‘gelap’ dan menyaksikan turunnya ‘akal budi’ masyarakatnya.Namun dengan kedatangan Islam dunia kembali bercahaya, ilmu berkembang dengan cepat dan pantas menyebabakan cara fikir berubah dan manusia ‘dikembangbiakkan’ potensi dalamannya sehingga Islam dilihat sebagai symbol pembangunan modal Insan.Marmaduke Picktall dalam bukunya Islamic Culture mengatakan “Semasa orang Islam mencari ilmu dengan nama Tuhan, golongan Kristian menghancurkan khazanah ilmu yang dihasilkan oleh golongan terdahulu atas nama nabi Isa”.
Justeru itu Islam merupakan ‘teladan’ kepada proses perubahan drastic kepada wajah dunia.Konsep ‘kesejagatan’ yang mendominasi pegangan tokoh-tokoh keilmuan Islam, bukan sahaja menggerakkan keinginan manusia meneroka lembah-lembah ilmu yang berlandaskan pengenalan kepada Rabbi, Tuhan sekelian alam bahkan konsep ‘universal’ inilah yang menjadi tanda kepada pengiktirafan barat terhadap Islam. Cara berfikir dan pengamalan budaya telah dibentuk sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang bersifat ‘terbuka’ dan pada waktu yang sama memperlihatkan ketinggian akhlak.Dalam hal ini Robert Briffault sekali lagi merakamkan “konsep kebebasan manjusia, persaudaraan sesame insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersaudara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, deklarasi Hak asasi Manusia di Amerika Latin.Sebenarnya konsep-konsep ini bukan hak cipta masyarakat Barat, Ia sebenarnyta ajaran yang ada di dalam Al-Quran yang dihayati oleh orang-orang Islam.Konsep-konsep ini kemudiannya mempengaruhi masyarakat Eropah.Besar kemungkinan, jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali”.
Dunia Barat seharusnya berterima kasih kepada dunia Islam yang merentes kepada perkembangan membina terhadap tamadun dunia.tanpa Islam dunia pasti akan gagal mengecapi kemajuan dan pembangunan material yang lebih menyeluruh.Ketika menyampaikan ucapan yang betajuk Technology, Business and Our way Of life;What’s Next. Carleton S.tanpa segan silu menyatakan “pada suatau masa dahulu, wujud suatu tamadun terbesar dunia.Empayarnya begitu luas,bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir.Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai agama,bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanyha menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini.Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingnya.Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin ke Negara China dan antara kedua-duanya.Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru.Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi melawan gravity.Pakar-pakar matematiknya mencipta algebra dan algoritma.Konsep-konsep ini membantu penciptaan computer dan encryption pada hari ini.Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit.Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit danmemberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas.Penulis-penulisnya menulis ribuyan cerita.tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya adalah tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 Masihi”.
Kehebatan umat Islam dalam melakar sejarah ketamadunannya cukup tinggi sehingga berjaya menguasai dunia.Kalau di selidiki susur galur pencapaian ini ternyata tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia. A.M Lothrop Stoddard dalam bukunya The New World Of Islam melakarkan sebagai berikut “Kebangkitan Islam adalah episode yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam prose itu ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya Berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam”.


No comments:

Post a Comment