Tanglung Sk Tanjung Kapor, Semporna sempena malam maglami-lami Regata Lepa-Lepa 2012
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 17, 2012
REGATA LEPA-LEPA SEMPORNA 2012
Saturday, March 17, 2012
NORULE HABIBI : KAU YANG KU CINTA
kau bagaikan permata
kau menyinari hidupku
kau menghiasi dunia cinta
memberi kebahagian yang indah
Kau kekasih sejati
kau memberiku segalanya
kau memahami diri ini
Cinta ini hanya untukmu sayang...oh kasihku
segalanya kuserahkan hanya padamu...oh sayang
cinta suci ini tak kan terlerai walau badai melanda
diriku tetap setia hanya padamu
kau yang bernama sayang
kau yang kucintai selamanya
kau tetap miliku abadi
sehingga ke akhirnya kita bersama
Wednesday, March 14, 2012
PETUA MENDAPATKAN ANAK YANG CERDIK
sekadar gambar hiasan
Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih 1
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan. Semasa hamil tu, jangan makan makanan berkicap. Insya-Allah putihlah anak tu kelak. Cubalah, ya.
Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih 2
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung.
Petua : Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap, petah dan fasih. Petuanya amat mudah, Ibu bapa hendaklah selalu mengucup atau mencium bibir anak-anaknya sewaktu kecil dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa, ia akan menjadi taat kepada ibu bapa.
Petua : Dapat Anak Cerdik
Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.
Petua : Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Semasa melakukan jimak, punggung isteri hendaklah diayun ke kiri dan ke kanan, supaya air mani akan sampai ke tempat yang sebetulnya.
Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki
Kalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan ikan dan sayuran hijau. Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging ayam dan lembu.
Petua : Dapatkan Anak
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkahwin sekian lama, atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi si suami.
Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat, bila pergi ke masjid, Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.
Cara Buat Senaman Batin :-
Duduk bersila badan tegak
Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (perlahan-lahan )
Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ). Jika tidak mampu jangan paksa.
Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
Buat 3x atau 7x setiap lepas sembahyang subuh. Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3x buat (maksudnya 3x kanan dan 3x kiri ). Selamat mencuba.
Petua : Petua Mendapatkan Anak
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan Insya-Allah boleh diperolehi.
Jika inginkan anak lelaki, SPERMA lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.
Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insya-Allah jika diiringi doa.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) MENDUDUKI TEMPAT KE 8 TERBAIK DALAM NEGARA DAN KE 1222 DI DUNIA
Senarai kedudukan Universiti-universiti Tempatan dalam negara dan kedudukan Ranking dunia tahun 2012
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
3.Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
5.Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
7.Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
8.Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman
15.Universiti Malaysia Terengganu
16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris
21.Open University Malaysia
22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23.International Medical University
24.Taylor’s University College
25.Tunku Abdul Rahman College
26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27.University of Nottingam Malaysia
28.UCSI University
29.Monash University Malaysia
30.Malaysia Theological Seminary
31.Universiti Kuala Lumpur
32.Curtin University of Technology Sarawak Campus
33.Universiti Industri Selangor
34.Selangor International Islamic University College
35.Al Madinah International University
36.Wawasan Open University
37.University Tun Abdul Razak
38.KDU College
39.Universiti Malaysia Kelantan
40.Asia Pasific Institute of Information Technology
41.Help University College
42.Sunway University College
43.INSANIAH University College
44.Universiti Sultan Zainal Abidin
45.Segi College
45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47.Majlis Peperiksaan Malaysia
48.Malaysian Institute of Management
49.Limkokwing University of Creative Technology
50.Disted-Stamford College
Monday, March 12, 2012
PERSONALITI GURU PERLU LEBIH HEBAT
Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru Cperlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa.
Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status gurudipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai
satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.
Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.
Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.
Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.
Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yangmengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah laku guru tersebut.
TEKANAN MENTAL GURU OH GURU
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, selaras dengan pembangunan yang semakin gah di persada dunia, semakin berbagai-bagai punca yang telah mencetuskan tekanan mental. Tekanan mental dapat ditakrifkan sebagai sejenis desakan atau paksaan yang berkaitan dengan akal, pemikiran atau proses intelektual. Tekanan yang terlampau akan menyebabkan penyakit psikologi dan berlakunya jenayah. Cara-cara yang efektif harus digunakan agar tekanan mental dapat ditangani. Oleh itu, pelbagai faktor dan cara mengatasi masalah tekanan mental yang mewarnai focus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci.
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personality yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat.
Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong penyakit psikologi.
Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.
Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan masalah tekanan mental yang berat.
Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Setelah pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan nasihat agar membantu individu tersebut menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga penyakit mental supaya mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan satu langkah yang penting dalam mengelakkan tekanan mental.
Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus member pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana “anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah “pengambilan vitamin”. Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)