Pages - Menu
▼
Wednesday, February 20, 2013
GAJI KAKITANGAN AWAM 2013 NAIK 400, ELAUN TETAP PERUMAHAN ANTARA 350-450
Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang baru diterima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Sumber: beritasemasa.
Tuesday, February 5, 2013
AKAN ADA BERITA GEMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM
KOTA BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, Khamis.
Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.
Beliau berkata melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.
Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.
"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.