Cukup lama sudah
berganti saling purnama
aku di lembah ini
menghirup, menghidu hembusan sang bayu senja
sudah lama benar
perantauan ini mengadiliku
saban waktu
ada hanyir-hanyir nostalgia
yang acap mencemuh minda sihatku
lama benar sudah
aku membawa hati yang entah bila tenangnya ini
hingga datang rasa
dambaan kampung halaman yang lama kutinggalkan
nyata benar-benar berubah
kerana dulu aku hanya punya sekeping hati
kini kepingan itu telah lama kukongsi
meskipun masih kecil
ia memberikan ku hati baru
kerana hati lama telah lama kutinggalkan
sejak hati ini kumiliki bersama.
4.29 ptg
29/6/2011